0

Update / Kemaskini BR1M

Posted by Unknown on 17:27
Assalamualikum dan selamat pagi !!!!


Sudah beberapa hari ni, sana sini orang memperkatakan tentang BR1M 3.0.. Bagi sesiapa yang sudah pernah memohon BR1M 2.0 sebelum ini, ada caranya untuk anda kemaskini maklumat anda.. Manakala untuk yang nak kemaskini maklumat tentang MAKLUMAT ISI RUMAH dan STATUS PERKAHWINAN, ada cara lain pula.

Dengar khabar BR1M 3.0 akan dapat bulan Febuari nanti. Jadi cepat-cepatlah kemaskini ya.

Contoh :
Kalau tahun lepas, anda belum berkahwin, dan tahun ni anda dah berkahwin. Untuk yang tahun lepas, anda sudah metakkan nama anda dan nama ibu bapa anda  dalam SATU borang. Jadi tahun ni, anda mahu ASINGKAN nama anda dan meletakkan nama anda sebagai tanggungan suami. Anda kena isi borang lain iaitu borang yang boleh anda peroleh dari pejabat LHDN :

 *Cekti ambil borang ni kelmarin di LHDN Bukit Mertajam di Bandar Perda.





Cekti kongsikan maklumat melalui pembacaan dari SINI ya..

A.Untuk yang pernah memohon BR1M sebelum ini.

1. Buka / Klik link ini ebr1m.hasil.gov.my atau boleh isi borang yang Cekti bagi kat atas tu secara manual.
2.Isikan No. Mykad/IC dan tarikh lahir .

Kemudian 'klik' kemas kini permohonan BR1M 2.0

3.Semak pada bahagian kotak 'maklumat  bank' atau kalau anda nak kemaskini maklumat lain pun boleh. Cuma yang ni, Cekti nak tunjuk untuk kemaskini maklumat bank sahaja dulu.


4.Isikan nama bank dan no akauan.


5.Selepas tu, akan keluar 'pop-up agreement' :


6.Kalau maklumat anda sah , maka akan keluar lah jin kata permohonan anda telah berjaya dikemaskini.


7. Akhir sekali anda boleh cetak ya.





B.Untuk pemohon baru.

1. Buka / Klik link ini ebr1m.hasil.gov.my atau boleh isi borang yang Cekti bagi kat atas tu secara manual.
2.Isikan No. Mykad/IC dan tarikh lahir .

 Kemudian 'klik' permohonan baru.

3. Isikan butiran peribadi anda.


4. Kemudian untuk tanggungan, kalau ada lah. Kalau untuk yang bujang, janda atau duda, atau warga emas, tiada tanggungan, tak perlu lah isi ya. Kalau tanggungan anda tidak bekerja, tulis 'sendiri' dan RM 0.00.


5.  PASTIKAN semua maklumat adalah betul. Terutamanya bahagian alamat rumah dan no akaun bank. Tanda bahagian 'agreement box' untuk langkah seterusnya.



6.Kalau maklumat anda sah , maka akan keluar lah jin kata permohonan anda telah berjaya dikemaskini.



7. Akhir sekali anda boleh cetak ya.



*Paling penting anda cetak borang ni .Kalau tak ada printer, boleh save dulu dan cetak kemudian.
'Right click' pada borang tu atau tekan CTRL + S.

Soalan 1:
Salam, boleh ke kalau buat 2 borang untuk 1 rumah yang sama?Maksud saya , saya bujang 1 borang dan mak saya janda 1 borang.
Boleh. Sebab ada  syarat kelayakan INDIVIDU kat belakang borang tu tulis orang bujang boleh mohon dan  janda/ duda boleh mohon.


Soalan 2 :
Cekti boleh print ke borang yang Cekti bagi ni. Macam malas je p LHDN tu.
Boleh.Print je lah. Depan belakang dalam 1 kertas je. Tapi print atas kertas putih je ya. Jangan pulak kertas warna pink atau biru. hehe

Soalan 3:
Saya nak tukar status saya dari bujang ke kahwin. Saya pun malas macam Soalan no 2 nak p LHDN. Saya update online boleh?
Tak boleh. Memang tak ada pun bahagian kemaskini status perkahwinan. Kalau malas p LHDN, print borang atas tu, isi  tapi pastu kena jugak  hantar ke LHDN ya. 

Soalan 4:
Saya malas nak update maklumat bank , boleh tak kalau saya taknak update?
Boleh. Nanti kalau awak dapat BR1m 3.0 ni, awak akan dapat baucer. Jadi kena beratur panjang nanti jangan merungut tau.
Ok. itu sahaja perkongsiannya.
Sila lah SHARE dengan kawan anda yang bujang 21tahun keatas.




0 Comments

Post a Comment

Copyright © 2009 Zurr Izaty Zolkepli All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.

Letakkan notis atau link anda disini

(X)