0

Flowerheadband Murah

Posted by Unknown on 07:35
Headband atau flowerheadband yang Cekti jual bermula dari RM 7 -RM 10 untuk ready made. Kalau custome made boleh mencecah sehingga RM 20.

Ada juga jual masquerade, brooch bunga, brooch kupu-kupu, cincin bunga macam2 lagi. Nak custome made pun boleh.








 
 
 

























0

Pengalaman Berpuasa Semasa Mengandung

Posted by Unknown on 07:04
Assalamualaikum..

Alhamdulillah, hari ini sudah masuk Ramadhan yang ke 3 untuk semua umat Islam khususnya di Malaysia ni.
Alhamdulillah juga, kandungan Cekti sudah masuk 8 bulan setengah. Alhamdulillah, Allah jaga dan pelihara anak dalam kandungan bonda.

Jadi pengalaman puasa tahun 2014, bersama kandungan yang boleh kata sarat ni, alhamdulillah masih lagi larat nak berpuasa penuh. Sahur dan berbuka cuma selera makan hujung senduk je, tapi kalau dah termasak nasi banyak, terpaksa juga habiskan.. hehe.. Kesian pula dekat suami kena makan banyak, habiskan lauk sebab dia kata dia nak kurus puasa ni.. hehe Ampun ye bang..

Untuk makanan sahur, Cekti makan biskut cicah susu je. Tu pun kenyang ya amat sebab Cekti ni minum air kosong banyak. Memang sendat perut. Hari kedua Cikti makan nasi dengan daging masak hitam pastu harini sahur makan nasi goreng dengan ikan goreng. Lepas sahur memang tak boleh tidur dah sebab perut kenyang sangat. Cekti amik masa ni nak update handbag dan juga flowerheadband. Tapi sekarang dah tak ambil tempahan sehingga JULAi sebab nak balik kampung, bersalin di sana. Yeye balik kampung. hehe

Cakap pasal bab makan ni, makanan yang Cekti makan , memang banyak jadi serat je, tak banyak khasiat. Lagi-lagi bila dimasak agak lama. Jadi Cekti juga ambil makanan yang boleh bagi zat pada baby disamping tambahkan susu badan. Antaranya:

1.Susu Kambing Hi-Goat
Susu kambing ni dari anak dara sampai dah kahwin memang minum. Jadi bau susu tu takdelah menyengat sangat. Minum susu ni, jangan makan dengan apa2 .Kan nabi dah pesan, susu tak boleh makan bercampur dengan makanan lain..Maksud Cekti, nak minum susu ni, bagus masa nak tidur tu. Sebab lepas tu kan kita tidur dan tak makan sehingga waktu sahur.

2.Buah Kurma Merah
Ya Ampunn.. punyalah susah cari, walaupun dalam bulan puasa ni. Pusing Aeon Big, Econsave pun takda..Akhirnya jumpa kat Tesco. Dapat 2 pack, sbb memang tinggal 2 pack je ponggg. Cara Cekti nak minum, rendam dengan air panas, pastu biar sejuk , boleh minum dah. Buah longan je belum cuba lagi.

3.Kapsul Habbatussauda/Bijan Hitam
1pek ada 20 softgel .Cekti makan masa sahur, 2 biji sekali.

4.Ubat tambah darah/vitamin klinik
Hb masa mula check mengandung 14.... Pastu 11.8 .Makin menurun bila pindah rumah. 10.8. Cekti takut nak makan ubat ni, sebab KATA ORANG baby cepat besar. Tapi makan jugak lah, tawakkal pada Allah, makan ubat sebab nak maintain hb 11. Alhamdulillah Allah kabulkan, sebab berat baby normal, tak terlalu besar. Semoga dapat bersalin secara normal. Aminn.. Ubat sekarang kena telan double , berbanding dulu ambil sebiji je, sebab bila ambil sebiji je, hb bawah 11. Alhamdulillah sekarang 11.4 dah. Heheh takdelah kena bebel dengan doktor/nurse dah. Makan ubat ni pun masa sahur.

Suppliment lain memang tak amik .Memang ramai yang cadang ambil Shaklee tapi taknak lah sebab mahal. Lagipun Cekti ni lebih suka pemakanan yang tradisional atau sunnah. Satu sebab boleh dapat murah dan banyak pastu rasa lebih selamat. Hehe

Penat semasa mengandung? Ada juga ni rasa pening , pastu kadang2 rasa mengah bila solat. Solat masa mengandung lebih lama dari solat tak mengandung. Haha biasalah perut dah memboyot. Kalau tak larat memang duduk lah. Tapi tak boleh manjakan diri sangat. Kena juga berjalan, sapu rumah, mop lantai. Supaya baby juga aktif. Kebetulan Cekti buat bisnes online ni, hampir setiap hari berjalan ke Pos Laju hantar parcel pelanggan yang jarak hampir 500m (Ceh macam jauh sangat lah kan). Alhamdulillah rezeki Allah bagi melalui kraftangan, sebab Cekti memang tak bekerja sejak pregnant ni, kecuali haritu jadi guru ganti kejap dan sekarang duduk rumah saje.

Hmm bab mengidam pulak eh..Mengidam tu tak kot, cuma mungkin boleh tukar ke melantak. Hahah.Cekti mengidam banyak pasal buah.. taktau nape..tapi paling banyak makan buah mangga.. pastu paling teringin nak makan Nenas.. Bukan setakat buah nenas, tart nenas pun jadi suka. Uiiii dah dapat tu, sedap ya Rabb. Setengah biji juga lah makan..Walaupun takut juga sebenarnya bleeding ke apa, cuma tips Cekti amalkan,bila nak makan benda-benda yang macam ni, baca BISMILLAHILLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAI UN FIL ARDHI WALA FISSAMAAI' WAHUWASSAMII UL 'ALIM.kemudian tawakkal..Lagi apa eh, haaa rambutan dengan doyan. Lazat dan nikmat yang tak terkata bila dapat. hehe Ok balik kg ni, nak balun ayaq kelapa hari-hari bagi anak kulit mulus. Kat sini ada je, tapi mahai RM 3.50. Kena jimat oii.

Amalan semasa mengandung pula Cekti cuba buat, bercakap dengan bayi sambil usap perut. Inshaallah akan dapat anak yang bijak. Sambil zikir ke, selawat ke, usap perut IKUT ARAH LAWAN JAM sebab ambil berkat macam tawaf kaabah tu. Kalau tengah kacau air pun, cuba amalkan, kacau air ikut arah lawan jam. Inshaallah lebih berkat. Sambil tu, buat soalan latihan Matematik Form 1 dengan Form 2. Pas solat boleh mengaji ke, zikir ke sambil usap perut anak. Pengalaman Cekti sendiri, baby akan aktif bergerak bila kita sentuh perut tau. Sampai suami pun teruja. Kelakar bila suami cuba bercakap dengan baby. ekeke.. Takpe, asalkan baby dah boleh dengar suara ayah yang nak azankan dia nanti.. Inshaallah..

Baju raya tahun ni pakai apa ada.Sebab Cekti due 24/7 lagi 3 hari nak raya. Rasa macam tak perlu nak beli lagipun tak larat dah nak berjalan cari baju raya.Suami pun sama..Yelah masa pantang mana nak boleh berjalan. Duduk rumah je sambil berkain batik. Heheh haritu beli baju baby pun dah RM 5++ , anggap lah tahun ni beli baju raya baby je. kiki Kebetulan tahun ni giliran raya di Selangor, jadi memang balik Selangor dan beraya di sana.Alhamdulillah. Lebih seronok berpuasa dan beraya di kampung sebab feel dia lagi seronok. Eee tak sabarnya nak main mercun !

Haaa sekali habaq lah na barangan bayi untuk dibawa masa rasa nak  bersalin,Cekti dah asingkan siap2.
Ada 5 benda je:

1.Kad Merah
2.Pampers sekeping
3.Sepasang baju baby
4.Kain napkin/kain towel yang ada siap dengan penutup kepala
5.Tuala baby

 Lepas bersalin, dah masuk wad, barang lain pulak. Contohnya:

Untuk anak:
1.Set baju 4 pasang, tangan pjang/pendek-sarung tangan/kaki/kepala
2.Pampers 10keping
3.Set Mandi
4.Barut
5.Minyak telon


Untuk ibu:
1.Pad bersalin 10pcs
2.Pakaian dalam
3.Baju sejuk
4.Stokin
5.Milo-thermost-cawan-sudu
6.1set baju masa nak caj keluar
7.Alat mandi-berus gigi/sabun
8.Tuala

Emm apa lagi eh. Tu je kot. Rasanya duduk di hospital tak lama. 2-3 hari boleh balik dah. Kalau ada barang tak cukup,Cekti boleh minta suami atau mak bawa kan ke hospital nanti. Kan?

Doakan Cekti selamat melahirkan anak secara normal. Nama anak? Kami dah pilih untuk dua2 jantina..Jantina bayi? Tungguuuu.


Copyright © 2009 Zurr Izaty Zolkepli All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.

Letakkan notis atau link anda disini

(X)