0

Bila anak pandai berjalan

Posted by Unknown on 10:24 in
Alhamdulillah.. umur zuhair 1tahun 2bulan 5hari dia boleh dah nak pergi ke first step. Tu pun lepas pindah rumah baru, pada 31 Julai 2015. Hehehe

Rasa teruja sangat bila tengok ank boleh jalan sendiri dah. Alhamdulillah cepat besar dengan sihatnya walaupun bukan dengam susu ibu.. (ni rasa terkilan sikit sebab tak dapat fully bf) . 
.
.
Ok bai


0

Tips buang tahi telinga bayi

Posted by Unknown on 03:16 in
Fuhhh minggu yang penuh cobAan..
Zuhair kena ruam gatal pulak. 😓

Malam tadi asyik merengek je. Aku pun tak boleh tido. Nasib aku mengajar sesi petang , hehe boleh lah tdo kejap sebelum p sekolah.

Zuhair ni jenis kuat berpeluh. letak kat aircond je baru peluh dia tak keluar. Hmm  sbb tu banyak baju Zuhair aku beli jenis lubang-lubang. 

so tadi bawa p klinik Syazwani. suka klinik ni, doctor dia muda dan peramah.
Doktor ni bagus dia periksa semua.. pastu baru dia identify betul2 yg zuhair kena ruam gatal.So just bagi ubat sapu dan ubat alergic(sama macam ubat selesama) . Dan masa dia periksa tu jugak dia bagi nasihat tahi telinga baby jangan dikorek. nasihatnya titiskan minyak baby ke lubang telinga, tapi jangan direct ke lubang telinga, bagi minyak tu mengalir ke dalam supaya semua tahi telinga kena dengan minyak. Nanti tahi tu akan keluar sendiri.

0

Selamat Menyambut Ramdhan 2015

Posted by Unknown on 03:12 in , ,
Harini 4Ramadhan kali pertama bawa Zuhair ke masjid untuk berbuka puasa.



Well kita tgok Zuhair behave ke tak bila di masjid. hihi


0

Tips buang tahi telinga bayi

Posted by Unknown on 01:50 in
Fuhhh minggu yang penuh cobAan..
Zuhair kena ruam gatal pulak. 😓

Malam tadi asyik merengek je. Aku pun tak boleh tido. Nasib aku mengajar sesi petang , hehe boleh lah tdo kejap sebelum p sekolah.

Zuhair ni jenis kuat berpeluh. letak kat aircond je baru peluh dia tak keluar. Hmm  sbb tu banyak baju Zuhair aku beli jenis lubang-lubang. 

so tadi bawa p klinik Syazwani. suka klinik ni, doctor dia muda dan peramah.
Doktor ni bagus dia periksa semua.. pastu baru dia identify betul2 yg zuhair kena ruam gatal.So just bagi ubat sapu dan ubat alergic(sama macam ubat selesama) . Dan masa dia periksa tu jugak dia bagi nasihat tahi telinga baby jangan dikorek. nasihatnya titiskan minyak baby ke lubang telinga, tapi jangan direct ke lubang telinga, bagi minyak tu mengalir ke dalam supaya semua tahi telinga kena dengan minyak. Nanti tahi tu akan keluar sendiri.

0

Rahsia baju kemeja ni kemas je bila tuck in

Posted by Unknown on 09:24 in
Hehehe Cikti bila ternampak baju ni terus tersenyum. Ooo ni lah rahsianya baju awok kemas je bila tuck in.Ni baju untuk ore puang je.



0

Mengapa pilih kerjaya guru?

Posted by Unknown on 00:17 in , ,
Hmmm.. aku pilih untuk berada di sarawak..

Aku memang sejak lepas SPM memang dah nawaitu nak jadi cikgu. mintak maktab tak dapat, jadi aku apply matrik. 

Pas habis matrik Perlis, dapat lah UPSI tahun 2009. Dengan Opsyen matematik tahun 2014 aku konvo bersama suami disisi baru kawen 6 bulan. hihihi.

Lepas setahun tunggu tak dapat lagi tawaran bekerja. so aku buat part time jual powerbank. Tak lupa jugak apply guru ganti , cikgu tadika dan keja kilang. Masa aku benti keja kilang ni lah alhamdulillah dapat Zuhair. Pastu pindah umah sendiri kat Seberang Jaya. kat situ lah baru ada rezeki jadi cikgu ganti dan buat flowerheadband kecil2an.. 

Dah bersalin kan zuhair pn tak dapat lagi offer kerja. alhamdulillah dapat fully bf zuhair dan 6buln pas zuhair lahir baru ada rezeki jadi cikgu. bersyukur tapi tu lah dapt sarawak. Jadi suka dengan tak suka sama banyak.

Zuhair pn teman bonda kemas baju.. isk isk

0

Kereta Pertamaku Di Sarawak

Posted by Unknown on 00:16 in ,
Bintulu ni bandar kecil tapi nilai hartanahnya bernilai tinggi. Ada benda yang mahal dan ada juga yang murah.apa yang murah? Mestilah makanan laut nya !

Ok nak p pasar beli ikan, p sekolah mestilah ada kenderAan. nak nak pulak sekarang zuhair dah ikut sekali bonda duduk sini. Jadi sewa lah kereta kancil ni RM 500 sebulan.





Dan tambahan aksesori untuk zuhair hehe

Gaya macam orang dewasa je pegang handler tu.


jom ikot zuhair jalan2 pasar tamu bintulu.


0

Zuhair kena HFMD

Posted by Unknown on 02:50

Sudah 9bulan Zuhair lahir, baru nak tulis pasal diri dia. Hehe maafkan bonda.. Lagipun kamu tak pandai membaca lagi hihi blog bonda ni takda lah seronok sangat.. Setakat untuk coretan bonda bersama kamu Zuhair..

Zuhair baru je ikut bonda ke Sarawak 2minggu lepas. Mula tu ok je segingga sabtu lepas Zuhair demam tapi tak panas sgt, 37.8 je.. Bawa dah ke klinik, tapi Dr kata demam nak tumbuh gigi.. Bonda pun ok je lah.. Sampai ke hari Isnin ada timbul 3bintik merah di lutut dan 3ulser mulut. Bonda pun terus bawa ke Hospital Bintulu waktu maghrib time tu.. Bonda tawakkal je lah sorang-sorang drive.


Nampak kan naik bintik kat mulut tu.. Malam pertama je lah dia duk merengek sebab ulser mulut tu.. Dr pn takda bagi ubat apa, cuma galakkan minum susu dan makan agar-agar. 

Rasa nak menangis bila anak macam ni.Dalam kepala dah fikir nak balik Penang je. Pengetua pulak tak bagi cRK lama-lama.Hmm punca dapat penyakit kaki tangan dan mulut ni dari rumah pengasuh. Pengasuh tak bagi tau pn ada budak yang kena. Bila bonda bagitau Zuhair kena penyakit kaki tangan dan mulut, baru lah dia nak bagitau . Huhu

Alhamdulillah dah seminggu ni Zuhair sihat dan takda dah ulser dan bintik merah. Happy me !!!!





Copyright © 2009 Zurr Izaty Zolkepli All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.

Letakkan notis atau link anda disini

(X)