0

Pemakanan Cekti Semasa Mengandung

Posted by Unknown on 19:53
Assalamualaikum semua. 

Cuti hujung minggu ni baru ada mood nak cerita pasal mengandung. huhu.. saja nak berkongsi pengalaman sendiri..esok bila dah lepas fasa mengandung ni, boleh review kan..kih2..
Sekarang ni dah 2 bulan lebih Cekti mengandung.. Alhamdulillah Allah jaga..


Cekti makan, minum dan pakai macam biasa.. cuma ada seikit tambahan dari segi vitamin/ suppliment...yeahhh.. Jom tengok gambar kat bawah..Cekti takdalah taksub sangat dengan vitamin atau hape.. mana doktor bagi Cekti makan.. Contoh:

 
1.Ferrous Fumarate.
Pil zat besi untuk meningkatkan bilangan sel darah marah dalam ibu mengandung. Jika kekurangan darah dalam badan ibu hamil, ia boleh menyebabkan kekurangan oksigen dalam badan ibu mengandung. 

Ibu mengandung yang kekurangan darah akan menunjukkan simptom seperti wajah pucat, bernafas tercungap-cungap dan letih serta lesu..Tapi kalau ambik ni, adakala najis ibu akan berwarna hitam dan boleh sebabkan sembelit, so kena banyak minum air dan olah diet mengikut keperluan badan agar serat, air, lain2 zat tambahan cukup dan tak sebabkan sembelit dan najisi warna hitam. 

Pengambilan Ferrous Formate adalah digalakkan disekaliguskan dengan Vitamin C agar penyerapan lebih berkesan. Kene makan sebelum makan ya..

2.Asid folik 
Membantu pembentukkan sel2 darah/ tisu badan/DNA dan mengelakkan dan mengurangkan risiko kecacatan tulang belakang bagi bayi. The best time to take Folic Acid ialah at least 3 bulan sebelum plan nak mengandung.  Pil ni boleh diambil anytime, bukan sebab pregnant semata, ia memang bagus.  Folic Acid terkandung jugak dalam Obimin, Primalet.


3.Ascorbic acid a.k.a VITAMIN C  
Nama glamor bagi Ascorbic Acid ialah Vitamin C . Ini sesuai diambil sesiapa sahaja, Vitamin C is water soluble, larut dalam air, so kalau makan Vitamin C ni, kencing jadik warna kuning ...


4.Vitamin B-Complex
Kebaikan untuk segala keperluan tambahan yang diperlukan oleh tubuh kita, membantu segala proses - - luar dan dalam badan macam good for the hair, skin, nail,  tambah energy, elak stress dan keletihan, bagus untuk otak, membantu proses penghadaman yang betul dan sihat.
comel2 je ubat dia.. senang nak telan..

Suppliment ada 4 biji kesemuanaya(ala-ala dragonball)




5- Susu Hi-Goat 
Sebelum kahwin lagi memang Cekti dah makan susu kambing ni.. Susu kambing merah afy haniff RM80 1 bekas tu pn pnah makan..tiap bulan beli..dulu masa student kan kayo.. heheh sekarang minum yg ni je..Cekti ni senggugut selalu.. Alhamdulillah bila makan susu kambing ni, Allah bagi lega lah jugak selain makan coklat, yogurt dan sujud sahwi nk bagi lega senggugut..waaa.. rindu masa belajaq dlu.. pengalaman makcik sendiri pn, dia cuba makan susu kambing untuk anak dia yg bongsu,alhamdulillah takda penyakit kuning..Cara minum 2x sehari. Pagi dan sebelum tidur.




6- Losyen Mustajab 
Memang besttt pakai nihh..sejak muda remaja pakai dah.. heheh dugaan senggugut..pastu  muntah dan loya..sakit pinggang pn mula dah terasa..Baru tahu pengorbanan mak masa mengandungkan kita.. Allah... 
 Tapi,
 tapi,
 tapi, 

JANGAN  sapu dekat perut tauuu bila krem, doktor memang tak kasi lagi-lagi kalau losyen atau minyak panas.. Sakit kat perut tu nak tak nak memang kena tahan. Doktor cakap, kalau perut sakit tu sama ada perut masuk angin atau rahim nak mengembang.. =')






7.Kismis

Kismis adalah satu “manisan” asli ciptaan Allah SWT. Ia adalah sejenis buah-buahan kering yang berkhasiat di bumi ini. Ia tidak mengandungi kolestrol atau lemak serta rendah kandungan garam. Ia membekal tubuh badan dengan banyak vitamin dan mineral yang penting seperti zat besi, potassium, magnesium, kalsium dan vitamin B1, B3 dan B6. 

Serta zat besi untuk pembinaan darah bagi pengangkutan oksigen ke otak dan ke seluruh badan. Kismis juga merupakan serat yang baik dan kaya dengan agen anti-oksida (anti-penuaan). Ia mengandungi fruktosa (sejenis gula ringkas yang asli) yang dapat dihadamkan dengan cepat untuk tenaga segera. Ia sangat sesuai terutama bagi mereka yang menggunakan banyak tenaga untuk berfikir seperti guru dan pelajar.Kurma tak cari lagi.. makan habis kismis nnt makan kurma lak.. heheh



8.Gatal 

Doktor bilang yang gatal2 ni sebab perubahan  hormon setrogen semasa mengandung.. Fuh gatal memang sedap digaru.. tapi padah nya jadi tak cantik lah kulit.. huuuu memang lain macam lah kalau garu tu.. macam kene siram ayaq panas bekas kita garu tu.. sensitif ya amat.. Alhamdulillah pakai ubat ni, reda lah gatal.. pas bersalin kene guna minyak Bio Oil lah plak kan hilangkan parut gatal.. hahaha

Nak tnjuk gambaq la ni, macam biasa lagi..tak muncit lagi.. hehehe Masa mengandung ni yang perasan lain adalah Cekti suka gila makan pisang.. kalau boleh hari2 beli.. hahaha .

Harap-harap baby Cekti nanti lahir dengan sihattt. Cekti dah cuba makan yang terbaik semata-mata untuk baby kecik dalam perut ni :)  InshaAllah, usaha, doa dan tawakal. Apa-apa pon, kalau rasa was-was, tanya doctor anda k. Cekti hanya kongsikan sedikit pengalaman Cekti.

Selitkan sekali gambar ni dalam blog :)



Makanan malam tadi.. heheh encik suami yang ajar makan bubur kacang dengan roti yang dikoyak2.. heheh

Kalau ada yang sudi nak share pengalaman semasa mengandung, bolehlah drop komen sekali dkt entry ni :)
Ok jumpa lagi :)

1

Temuduga Guru Sambilan di Kolej Mara Kulim

Posted by Unknown on 07:15
Assalamualaikum..

Pagi yang cerah..setelah hujan seketika pada subuh tadi..
Hari ni sepatutnya g klinik amik darah pkul 8 pagi..
Tapiii tak sempat kot , sebab temuduga jam 9pagi.
Sg Bakap --> Kulim : 30 minit .

Tak sempat pun amik gambar hoho.. 
Takda mood nak pakai mekap bagai..
Pakai bedak jerr..




Sampai di KMK jam 8.40 pagi dan Cekti org pertama sampai..
Pastu baru lah ad sorang calon nama Prima (India) dari UNITAR mai dan borak2 jap..
Ada 2 org lagi kawan UPSi mai kul 9 pagi dan jumlah calon temuduga adalah 4 org je.. boleh camtu?

huhuh

Depa suh bawa resume, gambaq, sijil photostat dan asal yang dah pn disahkan..
Ada briefing sikit pasal interview.. akan ada 2 sesi.. sesi pertama interview dalam bm.. dan yang kedua mengajaq 5 minit dalam bi.

10 minit menunggu di Bilik Seroja...............

'Puan Zurr Izaty, sila masuk'
 Ok org pertama kene interview..


Kedudukan masa temuduga:: 

Tengah: Pengarah
Kanan: KJ matematik
Kiri : Timb. Pengarah HEA


Pengarah: Sila duduk Izaty.
Perkenalkan diri dan cerita latarbelakang awak.

Nama, asal, pendidikan pun sudah memadai.

Pengarah: Ok. Boleh cerita pengalaman bekerja awak?

Berkaitan pendidikan atau lain- Pernah bekerja sebagai guru tadika selama 3 bulan dan kerani stor sehingga sekarang. 

Pengarah:Kenapa berhenti kerja sebagai Guru Tadika?

Kaitkan benda positif-Memang kurang tekanan takda kejar silibus, tetapi kurang mencabar.
Saya pilih untuk bekerja di KMK contohnya untuk mencari budaya kerja yang lebih seronok, persekitaran kerja yang lebih mencabar dan boleh mengaplikasikan pengetahuan Matematik.


Pengarah: Awak yakin akan dipostingkan?

Ya.. tapi tidak berharap akan dipostingkan dalam masa terdekat.. Jadi saya cuba mengambil cabaran untuk bekerja di mana2 sektor pn.. seperti sekarang saya bekerja sebagai seorang kerani di kilang di Simpang Ampat.

KJ Matematik: Disini, semua pelajar bukanlah terpilih.. ada dalam kalangan mereka yang tidak mahir dalam Matematik, terutama bila kuiz san ujian.. Bagaimana anda nak tangani?

Aplikasi pedagogi/kemahiran ikhtisas: Ajar secara personal.. Korban masa pada waktu petang.. atau boleh guna kaedah mentor

KJ Matematik:Dalam kelas, pelajar bawa hp tapi tak silent kan hp.. Apa awak buat? Mereka generasi Y yang tak suka dengan cara kasar.

Aplikasi  Teori pembelajarn/ Pedagogi- Bersikap tegas.. Sebelum mula kelas, perlu beritahu dahulu peraturan di dalam kelas. Jika berulang juga, akan ambil tindakan.. Tak boleh terlalu manjakan mereka, mereka akan pijak kepala.. cerita pengalaman praktikum..

Timb Pengarah: Apa beza Matematik dengan pendidikan dan open market?

Boleh bekerja sebagai guru atau pun di kilang.

Pengarah: Apa matlamat akan datang?

Matlamat perkembangan kerjaya di KMK - Selepas saya dapat mengutip pengalaman sepanjang di KMK, saya hendak mencari identiti cara mengajar saya sendiri yang mana dapat memudahkan pelajar untuk faham konsep Matematik. Saya memang berminat menjadi seorang guru kerana saya suka berkomunikasi 2 hala. Lagipula, saya yakin, KMK boleh memberi persekitaran yang mencabar kredibiliti saya, dan memberi peluang bagi menguji kebolehan, menimba pengalaman dan memajukan diri.


Pengarah: Apakah karakter kamu?

Personaliti positif- Saya seorang yang sabar, tidak berputus asa dan juga tegas dalam menyampaikan ilmu...banyak lagi.. heheh

Timb Pengarah: Boleh buat tuisyen malam/ hujung minggu ? sebab nak habiskan silibus.

Ofkos boleh.. heheh jawap ja boleh.. kalau takot balik malam, kenelah stay rumah felo..

Timb Pengarah : Tak pernak mintak MRSM?

Tak pernah.. sebab jarang bukak internet. Munasabah tak alasan? hehehe

Akhir sekali: Terima kasih tuan dan puan kerana sudi menemuduga saya.. Inshaallah, jika saya dipanggil untuk jawatan ini, saya akan bekerjasama baik dengan pihak tuan.

Dekat pukul 11.00 pagi juga Cekti habis interview ni.. tak makan apa pun lagi dari pagi..
makan pisang goreng sebiji 2 dah loya.. huhuhu

Keputusan temuduga , tunggu je lah bulan ni.. depa kata nak cikgu bulan ni jugak.. Tawakkal je lah.. heheh

 15 Jan 2014 Result: tak dapat.. huuu




Tips sampingan:
A. Susunan sijil fail:
  1. Surat beranak & kad pengenalan
  2. Sijil SPM
  3. Skrol Degree
  4. Transkrip Degree
  5. Muet
  6. Sijil Aktiviti Degree
  7. Sijil Aktiviti Matrikulasi
  8. Sijil Aktiviti Sekolah
p/s: Kalau salah tolong komen ye..  









0

Alhamdulillah.. ;)

Posted by Unknown on 05:48
Assalamualaikum ;)

Cekti pergi ke Poliklinik Suri di Nibong Tebal untuk double comfirm Cekti mengandung atau tak..
Ni adalah klinik panel encik suami..
dulu pnah mai sini sebab senggugut teruk tapi doktor tak bg ubat apa pn.. ishk..ishk..

Masuk je, doktor tu tanya ..

'Senggugut lagi ke zaty?'
'Tak lah doktor..cuma loya je muntah2 selalu..angin kot..'
'Yeke.. dah ada isi kot tuuu..'

heheh padahal memang dah tau kan pregnant, tapi saja lah takmau tunjuk pandai..

'Jom kita scan' 

Doctor tu check dan mengatakan yang kandungan Cekti ni 7minggu.

"haaaa..tu dah nampak kantung baby tu".
"Ok yang ni, nampak tak ada tiny dot yang kecik ni. Masih kecil lagi sebab baru masuk 7 minggu kandungan ni :)" 




Dalam hati Cekti seronok dan sebak tengok zuriat Cekti sendiri bersama suami :') Allah mengurniakan rezeki anak juga pada Cekti. Dekat 9 bulan  usia perkahwinan Cekti, last-last Cekti mendapat tau ada sesuatu yang berharga berada dalam rahim Cekti :') Syukur Alhamdulillah.. 

Masa ni dah nampak denyutan jantung baby, lip lap lip lap berkelip...Ya Allah, kali ni tengok rasa syukur sangat2, comelnye nampak seorang makhluk Allah yang kecil dalam rahim..
 
Dan sekarang ni, Cekti berusaha menjaga zuriat Cekti dengan penuh kasih sayang..Walaupun tidak terbentuk lengkap sempurna lagi tubuh badan baby dalam rahim ,  Cekti tetap bersyukur dan menunggu ianya membesar dari hari ke hari.....Dan kalau nak tau, Cekti dah nak hampir 3 minggu morning sickness :') Sakitnya tahan perasaan muntah, loya, lemah badan, pening2 hanya Allah sahaja yang tau, tapi takpe Cekti kuat demi baby dalam rahim ni...
Cekti tak p kerja dekat 2 hari dah.. 
Sebab nak cek baby ni.. 
huhu selesaikan buat buku pink sekali kat klinik ibu dan anak sg Bakap..
Dapat MC 1 hari jaaa... huuuu Cekti nak 2 harii..

Last but not least, thanks for spend your time to read my entry :') 
Hanya entry kegembiraan yang boleh Cekti kongsikan...
Doakan baby kandungan Cekti sihat dan cepat membesar :') Doakan juga Cekti takde sebarang masalah untuk pegi kerja sama2 dengan baby. hehe. Doakan baby Cekti comel2 dan bijak..


0

Berita gembira

Posted by Unknown on 21:56
Alhamdulillah..
walaupun hati ini diduga dengan macam2 kesedihan,kerinduan pada keluarga kadang kala ditemani ayaq mata tapi Cekti percaya Allah takkan  bagi kita sedih/ gembira sentiasa..


Tawaran temuduga guru sambilan di KMK 

Sebelum dapat surat ni (khamis) , pagi tu Cekti hantarkan kawan Cekti yg dapat temduga MARA. Dekat je pn dengan rumah mertua yg la ni Cekti duduk di sungai duri dekat dengan econsave... hmm rasa hati ni meronta2 menangis kenapa lah Cekti tak rajin online dulu.. huuu
Dah tu plak, org sekeliling asyik tanya kenapa tak apply, kalau dapat jd cikgu mara mesti seronok.. dan bla..bla... Ya Allah hati je yg tahu betapa sedihnya.. balik kerja ptg tu, suami masih lagi cuba pujuk Cekti jgn sedih tak dapat twaran temuduga mara, sambil suami buka surat.. bila Cekti tengok, huuuu nangis jp.. walaupn br temuduga,tp rasa suka sgt.. alhmdulillah.




































Mengandung

Sepatutnya 2 mggu lepas mmg period, tapi Cekti g amalkan makan halia dan lada hitam sbb takmau senggugut.. dah makan pastu kan perut angin.. bila dah berangin perut tu ha, mula lah loya lah pening lah.. aihhh macam2 rasa..
Cekti tak jangka akan mengandung dan takda fkir pn nak check.. memang buat selamba ja walaupn masa tu makan apa pn nak muntah.. duk saja ngah wat kje pn boleh loya.. nasib baik ofis kilang dekat dengan toilet.. heheh.. kat ofis kne jadi kerani stor.. so kne lah angkat2 gak barang sekotak dua.. tp tu pn dah tak larat.. cepat sgt penat nya..perut pn rasa sakit... kalau dah duduk, pastu nak berdiri poning kepala dah..suami pn pnah alami mcm ni, so dia pn suh makan epal yg besaq rangup tu.. huu mmg syok.. tiap kali makan mesti sendawa panjang.. muka pucat jangan cakaplah.. mmg tak da daya langaung.. balik keje pas masak mesti keje nak tidoqqqq ja.. haa sian  suami..
nape entah semalam tekad beli gak preg test kit.. oo mgkin sbb ramai perasan kata Cekti selalu muntah dan pucat.. beli preg test ni pn tak bgw suami, takot nnt bg harapan..
dan alhamdulillah..
berharap lah gak dapat double line..
tnjuk kat suami dan suami pn suka.. hehe..Cekti pn seronok.. inshaallah akan buat comform check up esok untuk mntk mc cuti 2 hr sbb kne prepare interview KMK dan dokumen pastu kne p interview plak eaok hrnya.. so 2 hr lah cuti.. heheh




Ok bye2,, hehe 

0

Masalah senggugut

Posted by Unknown on 06:16
Macam- macam cara dah cuba, tapi tak berkesan jugak.. Tiap bulan kene.. huhu tertonggek2 mak..

DAN

kali ni p gatai makan halia dengan lada hitam tumbuk..
Yulllkkkkkkk!!!
Nak telan tu hazabbb !
Macam nak termuntah pn ada..

2 hr makan 2 benda ni tiap pagi, KEMBONG PEROT den.
Hahah dapat masalah lain pulak..

Seminggu kembung perut dan TAK datang period.
Ok. Padan muka.
Dah tak period camno nak senggugut.

SEBAB:
panas lada hitam dan angin halia dah buat angin dalam badan bersimpul rapi dan mengganggu perot..
memang lah tak senggugut, TAPI mual tiap hari..

Jenis perot tak tahan memang akan jd camni.. 
Jadi masa amik petua mana2 tu, kene lah buat pertimbangan semasak2 nya dahulu..
huhuk

0

Temuduga MARA Disember 2013

Posted by Unknown on 06:10
Tahniah kawan2ku yang p temuduga MARA..kat Penang plak tu.. dokat je ha dgn umah.. tapi takda rezeki kan .. Ya bersangka baik lah dengan Allah..

Kata nya temuduga ada banyak saringan.. 
Phew mesti tough nak jadi cikgu sekolah budak pandai2.. heee

Ok ini link senang nak cek ..PERMOHONAN JAWATAN KOSONG MARA ..
Katanya juga, tawaran ni setahun sekali je..
Kawan2 daftar masa 10 Ogos 2013 dan tarikh tutup 9Sepetember.. dapat jawapan  plak 2 Disember..
Macam best kan?

Aduiii serius dengki dengan kwan2 yang dapat..
Pastu orang duk tanya2 plak tak p IV(interview) kewww???????


Copyright © 2009 Zurr Izaty Zolkepli All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.

Letakkan notis atau link anda disini

(X)