0

Pokok Bunga Manik

Posted by Unknown on 05:12
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. erkkkk..skema.. ok.

Sebelum kahwin, Cekti memang selalu ikut family kemana sahaja.. 
Sampai mak Cekti , kalau nak keluar g kenduri dengan abah, dah warning siap2...TAK BOLEH IKOT.. ! padahal kan bagus kan anak dara ikot mak abah g kenduri, leh kenal sedara, kawan, jiran tetangga... mungkin mak Cekti takot anak dia lawa lebih dari dirinya  ... LOLS.. Tapi bila dah duk kat Penang ni, dah tak leh nak ikot event kat Tg Karang selalu. Hari ni pn kak Cekti buat majlis akikah anak dia, Cekti tak dapat attend..hmmm...

ok, 3 bulan lepas, Cekti dapat hadiah dari adik ipar Cekti berupa pokok manik yg kiut miut.baru tahu makcik hubby Cekti ni pandai buat pokok manik dan dia pass kan kat adik ipar untuk bagi kat Cekti dan hubby.... hmm lawa lah jugak..dah tu, bila terkenan, try lah tanya harga berapa untuk 1 pokok manik.. rupanya mahal lah jugak..lebih dari RM 50.. bila difikirkan semula, macam boleh buat sendiri je kan.. Ceh sebab nak jimat, sanggup belaja tw dari youtube dan blog.. maklumlah, Cekti kan penganggur masa tu.. nak buat ap kan.. so belajar lah buat manik tu... Bila dah jumpa pokok manik yang terkenan, iaitu pokok anggur, cekti sedaya upaya masa puasa haritu g Bandar Perda naik motor ..pehhh penat sangat... tapi berbaloi lah semua barang ada kat situ..1 stop centre.. heheh

Cabaran bermula bila nak start buat buah anggur tu..entah bape kali beli manik, beli dawai..haihhh nasib baik pastu jadi..dapatlah 6 buah anggur yang masak ranum..heheh jap lagi Cekti tunjuk eh. Nak cerita nye bukan senang nak buat pokok ni..dekat sebulan buat sbb tiap kali buat tak menjadi, tension,campak atas meja.. hahah pastu selang dua tiga hari baru sambung buat..mana lah tak sampai sebulan kann..

Selalu Cekti refer blog ni untuk buat manik ;blog manik .








pokok anggur ni je yang baru tahu buat.. kalau nak order pokok ni, leh lah mesej kat facebook.Zurr Izaty Zolkepli.. tq.. harga ni Rm 80..







0 Comments

Post a Comment

Copyright © 2009 Zurr Izaty Zolkepli All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.

Letakkan notis atau link anda disini

(X)