0

Cerita Konvo Upsi yang ke 15

Posted by Unknown on 05:52
Huhuk assalamualaikum...nak start menulis ni lahh paling malas...hahaha tapi bila dah start, tak mau dah berhenti..

Firstly, thank to Allah... sebab dah beri keizinan pada Cekti untuk menghabiskan masa 4 tahun di UPSI dalam bidang pendidikan matematik . Nak tahu apa yang Cekti belajar? ada Cekti kongsikan di disini..


Cekti konvo pada 10 September .. Cekti adalah sidang yang pertama,Tuanku Zara yang akan menyampaikan skrol.. Subhanallah, sungguh cantik, Allah yang maha menjadikan beliau..



UPSI terletak di Tg Malim , Perak. Kalau dari rumah Cekti Tg Karang hanya kira-kira sejam untuk sampai.. Jadi dikesempatan ini, Cekti setelkan pasal kad nikah dan amik jubah konvo sekali pada hari khamis 5 September.. Cekti balik sorang je, naik bas..Suami Cekti balik Tg Karang hari Isnin pagi 9 hb September... tengok, banyak betul tarikh kan.. heheh maklumlah, cikgu matematik kan...

Gembira sangat sebab adik beradik semua ada.. terima kasih.. (mengalir air mata ;')..... lap..lap...) ...Teringin gak nak belanja makan ,beli ikan besar besar ke ketam ke, udang ke kan.. tapi abah Cekti dah terlebih dahulu offer belanja makan di luar.. heheh alhamdulillah.. Tq abah..love u much !!

Esok hari, pagi lagi dah bangun..sebab kene daftar di UPSI jam 7.30 pagi..Cekti p dgn hubby, family lain datang lambat sikit sbb nak siapkan anak2 yg lain..

Jom layan gambar Cekti konvo ya..

 
Tunku Zara...

 

Ni je gambar kami berlima bff sempat diambil..



Diluar dewan, hubby yang pakaikan baju dan selempang.. bukan bagi lempang k..

ya Allah punyalah nak tahan mata bagi terbukak, takot nant cameraman tertangkap gambar dalam keadaan mata tertutupp..heheh


Ni gambar luar studio pulak..

Duduk lantai dari kiri: Ecah,Adam(Farhan),Fikri(Mok).

Duduk tengah dari kiri:Cekti,nenek,mak,abah,hubby.

Berdiri dari kiri:Khai(adik no 5),epah(ipar),baby haziq,kak lela(ipar),along(abang no 1),kak iza(kakak no 2) ,baby amanda ,
alang (abang no 3).

Tiada dalam gambar: Abang Ijan(ipar) dan hawa (dia ada duduk kat tepi bangku ni,menangis tak tau knapa taknak amik gambar sekali)

Abah pegangkan bunga ye..heheh



Tq abang..


Officially graduated !




Dapat 3 jambak bunga.. dari kiri, Kak Iza, Hubby dan MakAbah..



Ambil gambar sebelum semua layuuuu...



 Hubby..suka ekkk



My big family !

Owh ya..lupa nak cerita.. ni kami mandi di Kalumpang selepas habis sesi bergambar..Seronokkkk.. sbb dah lama tak mandi air terjun kan..

Ok, tu jerlah cerita pasal konvo ye.. Its my 1st experience ever..Inshaallah hubby pula akan konvo nanti..

wassalam.







0 Comments

Post a Comment

Copyright © 2009 Zurr Izaty Zolkepli All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.

Letakkan notis atau link anda disini

(X)