0

Cerita Raya

Posted by Unknown on 03:18
Assalamualaikum..

heheheh tergelak sendiri bila tengok blog ni tak berupdate langsung.. walaupun sebenarnya bantak cerita nak cerita, tapi bila takde gambar, rasa macam takde ghairah menulis.. hehehe

Cekti masih lagi belajar cara menulis blog yg diselitkan dengan unsur kecindan.. ye.. menulis sambil senyum2 tu masih lagi belum ada dalam blog nih.. heheheh ( ok asyik gelak je kan .. fullstop ) .

Kita berbalik kepada cerita utama iaitu RAYA ! First time beraya bersama suami dan mertua di Penang .. Cekti ni kadang2 terrrajin kadang2 terrrmalas.. Tapi alhamdullilah suami Cekti rajin menolong lap tingkap, sapu sampah dan juga mop lantai.. Dulu masa mula bercinta, tak tahu pulak suami ni rajin menolong.. pakej dalam hantaran agakknya.. heheh

Sehari sebelum raya memang kelam kabut walaupun sebenarnya takde wat kerja sangat sebab semua benda dah siap buat sebelum tu lagi.. tapi biasalah kadang2 kita jangka lain, yang menjadi lain.. heheh malam tu suami dah siap pasang lampu pelita, kelip2.. bercahaya2 rumah .. pastu g merempit dengan suami amik lemang.. 4 batang lemang, ad sebatang tak masak.. nasib lah kan..


Masa ni teman mertua cari perhiasan dinding kat Bnadar Perda.. dapatlah 4 frame..









Pagi raya tu , terasa syahdu kejap.. cehh feeling raya di perantauan lah kononnya.. kol mak abah minta maaf segala bagai, tergelak2 bagi nak cover nanges tu, padahal dah bertakung air mata huhuk..pagi raya tu cadang pas buat rendang, ingat nak wat roti jala cicah dengan kari..tapi terbangun kul 7..pas basuh muka sume cepat2 bancuh roti jala .. alhamdulillah mendapat sambutan.. habis licin ipar duai anak buah makan.. maklumlah selalu dah biasa pagi raya makan rendang dengan lemang..kali ni lain pulak..

Gmbar kat bawah ni tudung coklat adik ipar dan tudung  hijau tu pun adik ipar gak orang Kelantan..


Memang kelam kabut sangat pagi raya sampai tak sempat nak amik gambar rupa roti jala Cekti buat.. takpelah lain kali eh.. hmm pagi raya tu pas makan semua, bermaaf2an ,p rumah jiran depan rumah dan rumah kawan baik suami .. seronoknya raya kali ni sebab dapat makan kambing bakar ! heheh ayah mertua buat..pas habis makan semua kitaorang ramai2 gerak p Bagan Serai , rumah besan mak , beraya di sana pula.. 


Ni gambar ihsan dari Camera 360.. heheh

Esoknya raya kedua sambung sarapan makan kambing bakar lebihan semalam.. lembut sangat daging dia .. adeh terbayang2 lagi rasa dia.. heheh pagi tu dah siap packing baaju nak balik Selangor pula ...excited nak balik.. bukan pe, tak sabar nak pasang bunga api dan mercun kat rumah Selangor..

Apa pun, raya dimana2 sama meriah.. cuma kalau kat Selangor raya tu sebulan.. kat Penang raya kurang 3 hari je pastu dah hambar.. Last sekali ni gambar terbaru.. Raya ke 22.. hehehe





0 Comments

Post a Comment

Copyright © 2009 Zurr Izaty Zolkepli All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.

Letakkan notis atau link anda disini

(X)