0

Resipi ondeh-ondeh / buah melaka

Posted by Unknown on 03:44
Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Disebabkan Cekti ni dah kahwin , so kenelah tukar isi kandungan dalam blog ni bab masak-masak, kongsi resepi dan petua-petua menjaga rumahtangga.. ehem.. (ok duduk kene bersimpuh).

Kalau tengok, post sebelum ni banyak resepi masakan yang dah pun Cekti tuliskan, jadi post kali ni pun pasal masakan juga iaitu nak buat kuih BUAH MELAKA ! Yeay ! Kuih ni Cekti ingat abah Cekti je yang suka, rupanya family mertua pun suka.. lagi2 kalau gula melaka tu banyak, jadi manis lah kan.. jom kita usya resipi mudah dia..

Bahan2
  • 2 cawan Tepung Pulut
  • Gula melaka dipotong kasar (muat nak masuk dalam bebola)
  • kelapa parut digaul dengan sedikit garam
  • 2 titik pewarna hijau
  • garam
  • 1 cawan air

Cara-cara
1. Masukkan tepung pulut dalam bekas bersama sedikit garam dan pewarna hijau..Tuangkan air sedikit demi sedikit..Jangan terlalu lembik, bagi boleh bentuk je..
2. Setelah itu, ambil adunan tadi dan bulat2kan bagi besar ibu jari...masukkan gula melaka dan bulatkan balik.
3. Sementara bulat2kan tu, panaskan periuk yang berisi air..apabila mendidih, masukkan buah melaka tadi..apabila buah melaka sudah timbul, angkat dan golekkkan dalam kelapa parut tadi.. 


Gambar ihsan dari Google.


Senang je kan resipi dia,, Senang dan sedap jugak tw..Cekti kalau tengah buat kuih, mesti lupa nak ambil gambar.. tapi rupa buah melaka ni sama je,macam kat atas tu.. kalau nak kelainan, boleh pelbagaikan warna..owh ya.. Cekti tak pakai gula merah sebab gula dia berterabur.. kalu gula melaka ni cantik je seketul macam tu, jadi masa nak bulatkan balik tu takdelah nampak selekeh je..heheh Selamat mencuba !



0 Comments

Post a Comment

Copyright © 2009 Zurr Izaty Zolkepli All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.

Letakkan notis atau link anda disini

(X)