0

Strategi Pengajaran: Guna kuasa Veto bagi kelas agak nakal.

Posted by Unknown on 19:06
Assalamualaikum.

Harini dah 28 hari Cikti menjadi guru ganti di SMKBM . Pelajar terdiri daripada majoriti Cina, India dan minoriti Melayu. Contoh kalau dalam kelas ada 30 orang, 20 Cina, 8 India dan 2 Melayu. Faham eh.

Kefasihan mereka dalam BM adalah rendah. Apatah lagi BI. Jadi penggunaan bahasa hendaklan betul dan dijelaskan 1 per satu. Nak buat lawak pun selalunya kurang menjadi . Cikgu je gelak sengsorang. Ishk2.

Cikti mengajar ICT bagi semua tingkatan 2 dari A-H dan Pendidikan Moral bagi kelas tingkatan 1 B-E-G Kawalan kelas bagi kelas E-H adalah sangat-sangat tidak memuaskan. Lagi2 kalau masuk dalam makmal komputer. Terlalu bising sehingga Cikti terpaksa menjerit. Demam k dekat seminggu sebab jerit tiap hari. huhu

Cikti memang tak tau sangat pasal silibus untuk ICT, tapi google je lah, pastu suh depa salin dan Cikti terangkan dengan bantuan Youtube. ICT depa nak belaja apa je lah kan. Kejap je dah habis. Jadi Cikti terpaksa buat aktiviti sendiri yang memang takda kaitan dengan ICT tanpa pengetahuan GPK. So Cikti cakap dengan GPK petang, Cikti nak buat kelas pemulihan Bahasa Melayu atau Matematik atau subjek lain dalam kelas E-H masa subjek ICT. Dan GPK bagi ! Yeay !!!!

Bermula lah kelas ICT Cikti dengan mengajar Pendidikan Moral dalam kelas, tak p dah makmal komputer.

#Tips 1 : Pastikan ada handout/ kertas edaran.
Paling dan sangat penting untuk dapat Quality Time dalam pengajaran. Bukan apa, nak suh depa salin, berejam tunggu. Lagi satu, kalau ada handout ni, automatik depa senyap (SIKIT) dan tak berjalan2. Serius. Kalau tak, cikgu tengah tulis kat depan, depa dah p merayau lalu pintu belakang. Pastu GPK datang, haa pandai2 ko lah nak jawab apa kat GPK nape pelajar keluar kelas.. hmm kena sound pulak.


#Tips 2: Letak beban pada pelajar.
Beban ni maksudnya macam nak baca soalan, penerangan, tulis jawapan di papan hitam. Lebih kurang camni. Untuk jawapan soalan 1, Sook Khon(yang paling banyak cakap) kena buat. Tulis nota kat papan hitam untuk tajuk Kasih Sayang beri pada Sathiskumar (yang paling tak boleh duk diam dalam kelas). Walaupun depa adalah orang yang paling susah dikawal dengan menggunakan arahan seperti sila duduk, tolong senyap, tapi bila depa diberi tugasan seperti ni, depa tak melawan dan boleh buat je apa yang disuruh. Pelik kan?

Contoh macam ni. Saya tulis nama untuk setiap soalan. Jadi saya tak perlulah keluarkan suara untuk baca soalan. Saya cakap pada mereka :

'Cikgu tidak akan beri jawapan. Kawan2 kamu yang cikgu tulis nama nya disini yang akan beri jawapan. Jadi jangan bising dan sila dengar jawapan kawan awak. '

So, selepas depa siap bincang dengan kawan sebelah untuk jawapan, Cikti akan panggil nama orang yang kena bagi jawapan. Automatik depa akan senyap dan mendengar jawapan rakan. Kalau suara kawan tu perlahan, depa lah yg akan marah kawan tu supaya suara kuat sedikit. heheh Cikgu cuma bagi jawapan betul atau salah dan terangkan sedikit mana yang tak faham . Tu je.






Kelas saya memang pakai kapur lagi.

Ok habis pasal kelas.

Aktiviti koko pulak. Cikti Cikgu Kadet Polis. Pastu Kelab Rukunegara.
Selasa Rabu memang pakai baju sukan je. Hari isnin, Kahmis dan Jumaat je pakai baju kurung.





Itu saja. Nanti Cikti kongsi lagi ye.


0 Comments

Post a Comment

Copyright © 2009 Zurr Izaty Zolkepli All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.

Letakkan notis atau link anda disini

(X)