0

5 bulan dah.

Posted by Unknown on 18:04

Assalamualaikum.
Story merry harini nak cerita pasal kisah mengandung dalam tempoh 5 bulan mengandung. Fuhh 5 bulan dah kak.. lagi 4 bulan nak bersalin dah. Inshaallah nanti akan buat kenduri doa selamat kat Tanjong Karang sebelum nak lahirkan anak ni. Isk2. permintaan abah.Abah sebarnya nak eti balik kampung kan. kan. hehehe tau dah. (Ceh perasan konon jadi anak kesayangan lah kan tu).

Cucu dah jadi kesayangan abah sekarang ni. :b
 
Kita berbalik pada laluan ya. alhamdulillah berjaya melepasi trimester 1 yang penuh dengan drama. hahah drama lah sebab muntah lah, tak lalu nak makan. Tapi bila balik Selangor, semua lalu je ye. Bila 5 bulan ni, memang dan nampak baby bumps, tapi saja sorokkan takmau bagi nampak. Biarlah suami saja yang nampak dulu. Esok dah 8 ke 9 bulan memang tak leh sorokk dah la.

Bila cerita bab makan ni, masa 1st trimester, Cikti masih alah lagi dengan bau dan makanan tertentu. Masa tu, cikti kerja di kilang elektronik. So mestilah waktu rehat makan kat kedai kan. Bila masuk je kedai tu, Cikti mesti rasa nak muntah. Bukan sebab persekitaran ke apa, tapi memang tak boleh nak bau makanan tertentu. Makanan kat kedai tu pun memang sedap2 belaka woo, tapi tekak tak mau telan. So sekarang ni, bila tengok je kedai makan tu balik, masa balik kg di Sg Bakap, mesti rasa nak muntah. haha nape entah, padahal sekarang ni takda pun muntah2 semua tu. Ha lagi satu pernah kan dengar lagu

Encik Mimpi - Rindukanlah (OST Playboy Itu Suami Aku) 

haa lagu ni pun kalau Cikti dengar, automatik, tekak rasa loya. Sebab terasa lagi bila tengok je cerita ni, Cikti selalu muntah sebab loya.. huhu jadi sekarang ni bila dengar lagu ni, cepat2 tutup(nasib baik suami tak gemor lagu ni. heheh)

Tapi takda pulak loya bila bau suami. Pandai ea baby nak jaga hati ayah. hahah
So far, Alhamdulillah, bila berada dalam 2nd trimester ni selera makan macam dah ok sikit. Loya tu pun kalau perut masuk angin.
 
Pejam celik pejam celik sekejap je. Agak-agak baby boboy or gegirl laaahh kann yang saya kandungkan sekarang ni :) Nama untuk baby tengah pilih lagi. Kadang2 tengah tengok cerita Ariana Rose, teringin nak nama tu. Bila tengok Jika itu Takdirnya nak nama Umairah. Tapi dalam hati nak nama anak huruf A. Takmau huruf Z. Sebab selalu huruf z ni bila duduk dalam kelas, mesti nama last(Sebab bonda huruf Z). huuuu

Dalam tak sedar, bila baby 4 bulan, usia perkahwinan kami pun dah jadi setahun.  Yang best nye Cikti tak muntah, tapi yang tak best sekarang ni, bila berjalan cepat penat. Berjalan 10 minit nak duduk. Tapii sebab nak sambut ulangtahun perkahwinan, ku gagahkan jua.

Happy anniversary abg yang pertama.

Masa last check up aritu dengan doctor , doctor cakap baby aktif sampai susah nak ukur kepala dan badan dia.hehe. Nasib baik dalam perut lagi, kalau tak dah lama gomol-gomol!Pergerakan baby amatlah aktif, lagi2 masa tengah pegang perut. suami pun excited boleh rasa baby gerak. Berat Cikti sekarang semasa mengandung naik 1.1kg dari 57kg ke 58.1kg. Naik sekilo masa balik kampung ritu. makan nasi ambeng, asam pedas ikan mayong, peh.Rasa nak balik kg lagi. kikiki berat baby pulak 300 g. Alahai kecilnya kamu sayang.

Haritu entah camna boleh pengsan kat sekolah.tengah duduk dalam bilik guru yang ada aircond pun boleh tumbang. Jadi popular kat sekolah Cikgu Zaty pengsan. muahaha.. kelas banyak skip, PBS habis g, buku latihan tak hantar kat ketua panitia lgi..woooohhh koje.koje*jadi sekarang ni,pengambilan vitamin yang doctor bagi, terpaksa diambil setiap hari. Sebelum ni dok skip je amik....kerana..... Saya tak mahu pingsan lagi.

Baca buku kad wad ;'( sian suami sorang2 kat umah 2 hari.

 Temuduga 18/3 haritu ok. Nanti Cikti kongsi soalan temuduga eh.

Zon utara. Jadi jumpa geng utara je lah.

Ok tu je lahhhh untuk entry kali ni. Malas pulak nak panjang-panjang lebar. (walaupun sebenaqnya panjang dah). Terima kasih membaca :)
Doakan kesihatan Cikti and baby k... :') 


0 Comments

Post a Comment

Copyright © 2009 Zurr Izaty Zolkepli All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.

Letakkan notis atau link anda disini

(X)