1

Temuduga Guru Sambilan di Kolej Mara Kulim

Posted by Unknown on 07:15
Assalamualaikum..

Pagi yang cerah..setelah hujan seketika pada subuh tadi..
Hari ni sepatutnya g klinik amik darah pkul 8 pagi..
Tapiii tak sempat kot , sebab temuduga jam 9pagi.
Sg Bakap --> Kulim : 30 minit .

Tak sempat pun amik gambar hoho.. 
Takda mood nak pakai mekap bagai..
Pakai bedak jerr..




Sampai di KMK jam 8.40 pagi dan Cekti org pertama sampai..
Pastu baru lah ad sorang calon nama Prima (India) dari UNITAR mai dan borak2 jap..
Ada 2 org lagi kawan UPSi mai kul 9 pagi dan jumlah calon temuduga adalah 4 org je.. boleh camtu?

huhuh

Depa suh bawa resume, gambaq, sijil photostat dan asal yang dah pn disahkan..
Ada briefing sikit pasal interview.. akan ada 2 sesi.. sesi pertama interview dalam bm.. dan yang kedua mengajaq 5 minit dalam bi.

10 minit menunggu di Bilik Seroja...............

'Puan Zurr Izaty, sila masuk'
 Ok org pertama kene interview..


Kedudukan masa temuduga:: 

Tengah: Pengarah
Kanan: KJ matematik
Kiri : Timb. Pengarah HEA


Pengarah: Sila duduk Izaty.
Perkenalkan diri dan cerita latarbelakang awak.

Nama, asal, pendidikan pun sudah memadai.

Pengarah: Ok. Boleh cerita pengalaman bekerja awak?

Berkaitan pendidikan atau lain- Pernah bekerja sebagai guru tadika selama 3 bulan dan kerani stor sehingga sekarang. 

Pengarah:Kenapa berhenti kerja sebagai Guru Tadika?

Kaitkan benda positif-Memang kurang tekanan takda kejar silibus, tetapi kurang mencabar.
Saya pilih untuk bekerja di KMK contohnya untuk mencari budaya kerja yang lebih seronok, persekitaran kerja yang lebih mencabar dan boleh mengaplikasikan pengetahuan Matematik.


Pengarah: Awak yakin akan dipostingkan?

Ya.. tapi tidak berharap akan dipostingkan dalam masa terdekat.. Jadi saya cuba mengambil cabaran untuk bekerja di mana2 sektor pn.. seperti sekarang saya bekerja sebagai seorang kerani di kilang di Simpang Ampat.

KJ Matematik: Disini, semua pelajar bukanlah terpilih.. ada dalam kalangan mereka yang tidak mahir dalam Matematik, terutama bila kuiz san ujian.. Bagaimana anda nak tangani?

Aplikasi pedagogi/kemahiran ikhtisas: Ajar secara personal.. Korban masa pada waktu petang.. atau boleh guna kaedah mentor

KJ Matematik:Dalam kelas, pelajar bawa hp tapi tak silent kan hp.. Apa awak buat? Mereka generasi Y yang tak suka dengan cara kasar.

Aplikasi  Teori pembelajarn/ Pedagogi- Bersikap tegas.. Sebelum mula kelas, perlu beritahu dahulu peraturan di dalam kelas. Jika berulang juga, akan ambil tindakan.. Tak boleh terlalu manjakan mereka, mereka akan pijak kepala.. cerita pengalaman praktikum..

Timb Pengarah: Apa beza Matematik dengan pendidikan dan open market?

Boleh bekerja sebagai guru atau pun di kilang.

Pengarah: Apa matlamat akan datang?

Matlamat perkembangan kerjaya di KMK - Selepas saya dapat mengutip pengalaman sepanjang di KMK, saya hendak mencari identiti cara mengajar saya sendiri yang mana dapat memudahkan pelajar untuk faham konsep Matematik. Saya memang berminat menjadi seorang guru kerana saya suka berkomunikasi 2 hala. Lagipula, saya yakin, KMK boleh memberi persekitaran yang mencabar kredibiliti saya, dan memberi peluang bagi menguji kebolehan, menimba pengalaman dan memajukan diri.


Pengarah: Apakah karakter kamu?

Personaliti positif- Saya seorang yang sabar, tidak berputus asa dan juga tegas dalam menyampaikan ilmu...banyak lagi.. heheh

Timb Pengarah: Boleh buat tuisyen malam/ hujung minggu ? sebab nak habiskan silibus.

Ofkos boleh.. heheh jawap ja boleh.. kalau takot balik malam, kenelah stay rumah felo..

Timb Pengarah : Tak pernak mintak MRSM?

Tak pernah.. sebab jarang bukak internet. Munasabah tak alasan? hehehe

Akhir sekali: Terima kasih tuan dan puan kerana sudi menemuduga saya.. Inshaallah, jika saya dipanggil untuk jawatan ini, saya akan bekerjasama baik dengan pihak tuan.

Dekat pukul 11.00 pagi juga Cekti habis interview ni.. tak makan apa pun lagi dari pagi..
makan pisang goreng sebiji 2 dah loya.. huhuhu

Keputusan temuduga , tunggu je lah bulan ni.. depa kata nak cikgu bulan ni jugak.. Tawakkal je lah.. heheh

 15 Jan 2014 Result: tak dapat.. huuu




Tips sampingan:
A. Susunan sijil fail:
  1. Surat beranak & kad pengenalan
  2. Sijil SPM
  3. Skrol Degree
  4. Transkrip Degree
  5. Muet
  6. Sijil Aktiviti Degree
  7. Sijil Aktiviti Matrikulasi
  8. Sijil Aktiviti Sekolah
p/s: Kalau salah tolong komen ye..  









1 Comments


Saya pun akan iv Math Teacher 15/12/16 Doakan saya in syaa Allah. Syukran diatas segala pengalaman yg disampaikan diatas

Post a Comment

Copyright © 2009 Zurr Izaty Zolkepli All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.

Letakkan notis atau link anda disini

(X)