0

Pemakanan Cekti Semasa Mengandung

Posted by Unknown on 19:53
Assalamualaikum semua. 

Cuti hujung minggu ni baru ada mood nak cerita pasal mengandung. huhu.. saja nak berkongsi pengalaman sendiri..esok bila dah lepas fasa mengandung ni, boleh review kan..kih2..
Sekarang ni dah 2 bulan lebih Cekti mengandung.. Alhamdulillah Allah jaga..


Cekti makan, minum dan pakai macam biasa.. cuma ada seikit tambahan dari segi vitamin/ suppliment...yeahhh.. Jom tengok gambar kat bawah..Cekti takdalah taksub sangat dengan vitamin atau hape.. mana doktor bagi Cekti makan.. Contoh:

 
1.Ferrous Fumarate.
Pil zat besi untuk meningkatkan bilangan sel darah marah dalam ibu mengandung. Jika kekurangan darah dalam badan ibu hamil, ia boleh menyebabkan kekurangan oksigen dalam badan ibu mengandung. 

Ibu mengandung yang kekurangan darah akan menunjukkan simptom seperti wajah pucat, bernafas tercungap-cungap dan letih serta lesu..Tapi kalau ambik ni, adakala najis ibu akan berwarna hitam dan boleh sebabkan sembelit, so kena banyak minum air dan olah diet mengikut keperluan badan agar serat, air, lain2 zat tambahan cukup dan tak sebabkan sembelit dan najisi warna hitam. 

Pengambilan Ferrous Formate adalah digalakkan disekaliguskan dengan Vitamin C agar penyerapan lebih berkesan. Kene makan sebelum makan ya..

2.Asid folik 
Membantu pembentukkan sel2 darah/ tisu badan/DNA dan mengelakkan dan mengurangkan risiko kecacatan tulang belakang bagi bayi. The best time to take Folic Acid ialah at least 3 bulan sebelum plan nak mengandung.  Pil ni boleh diambil anytime, bukan sebab pregnant semata, ia memang bagus.  Folic Acid terkandung jugak dalam Obimin, Primalet.


3.Ascorbic acid a.k.a VITAMIN C  
Nama glamor bagi Ascorbic Acid ialah Vitamin C . Ini sesuai diambil sesiapa sahaja, Vitamin C is water soluble, larut dalam air, so kalau makan Vitamin C ni, kencing jadik warna kuning ...


4.Vitamin B-Complex
Kebaikan untuk segala keperluan tambahan yang diperlukan oleh tubuh kita, membantu segala proses - - luar dan dalam badan macam good for the hair, skin, nail,  tambah energy, elak stress dan keletihan, bagus untuk otak, membantu proses penghadaman yang betul dan sihat.
comel2 je ubat dia.. senang nak telan..

Suppliment ada 4 biji kesemuanaya(ala-ala dragonball)




5- Susu Hi-Goat 
Sebelum kahwin lagi memang Cekti dah makan susu kambing ni.. Susu kambing merah afy haniff RM80 1 bekas tu pn pnah makan..tiap bulan beli..dulu masa student kan kayo.. heheh sekarang minum yg ni je..Cekti ni senggugut selalu.. Alhamdulillah bila makan susu kambing ni, Allah bagi lega lah jugak selain makan coklat, yogurt dan sujud sahwi nk bagi lega senggugut..waaa.. rindu masa belajaq dlu.. pengalaman makcik sendiri pn, dia cuba makan susu kambing untuk anak dia yg bongsu,alhamdulillah takda penyakit kuning..Cara minum 2x sehari. Pagi dan sebelum tidur.




6- Losyen Mustajab 
Memang besttt pakai nihh..sejak muda remaja pakai dah.. heheh dugaan senggugut..pastu  muntah dan loya..sakit pinggang pn mula dah terasa..Baru tahu pengorbanan mak masa mengandungkan kita.. Allah... 
 Tapi,
 tapi,
 tapi, 

JANGAN  sapu dekat perut tauuu bila krem, doktor memang tak kasi lagi-lagi kalau losyen atau minyak panas.. Sakit kat perut tu nak tak nak memang kena tahan. Doktor cakap, kalau perut sakit tu sama ada perut masuk angin atau rahim nak mengembang.. =')






7.Kismis

Kismis adalah satu “manisan” asli ciptaan Allah SWT. Ia adalah sejenis buah-buahan kering yang berkhasiat di bumi ini. Ia tidak mengandungi kolestrol atau lemak serta rendah kandungan garam. Ia membekal tubuh badan dengan banyak vitamin dan mineral yang penting seperti zat besi, potassium, magnesium, kalsium dan vitamin B1, B3 dan B6. 

Serta zat besi untuk pembinaan darah bagi pengangkutan oksigen ke otak dan ke seluruh badan. Kismis juga merupakan serat yang baik dan kaya dengan agen anti-oksida (anti-penuaan). Ia mengandungi fruktosa (sejenis gula ringkas yang asli) yang dapat dihadamkan dengan cepat untuk tenaga segera. Ia sangat sesuai terutama bagi mereka yang menggunakan banyak tenaga untuk berfikir seperti guru dan pelajar.Kurma tak cari lagi.. makan habis kismis nnt makan kurma lak.. heheh



8.Gatal 

Doktor bilang yang gatal2 ni sebab perubahan  hormon setrogen semasa mengandung.. Fuh gatal memang sedap digaru.. tapi padah nya jadi tak cantik lah kulit.. huuuu memang lain macam lah kalau garu tu.. macam kene siram ayaq panas bekas kita garu tu.. sensitif ya amat.. Alhamdulillah pakai ubat ni, reda lah gatal.. pas bersalin kene guna minyak Bio Oil lah plak kan hilangkan parut gatal.. hahaha

Nak tnjuk gambaq la ni, macam biasa lagi..tak muncit lagi.. hehehe Masa mengandung ni yang perasan lain adalah Cekti suka gila makan pisang.. kalau boleh hari2 beli.. hahaha .

Harap-harap baby Cekti nanti lahir dengan sihattt. Cekti dah cuba makan yang terbaik semata-mata untuk baby kecik dalam perut ni :)  InshaAllah, usaha, doa dan tawakal. Apa-apa pon, kalau rasa was-was, tanya doctor anda k. Cekti hanya kongsikan sedikit pengalaman Cekti.

Selitkan sekali gambar ni dalam blog :)



Makanan malam tadi.. heheh encik suami yang ajar makan bubur kacang dengan roti yang dikoyak2.. heheh

Kalau ada yang sudi nak share pengalaman semasa mengandung, bolehlah drop komen sekali dkt entry ni :)
Ok jumpa lagi :)


0 Comments

Post a Comment

Copyright © 2009 Zurr Izaty Zolkepli All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.

Letakkan notis atau link anda disini

(X)