0

Percutian ke Ao Nang Krabi Thailand-Bahagian 2

Posted by Unknown on 05:20
Elok je sampaii kat Ao Nang Krabi dalam pkul 5.30 waktu Malaysia .. kalau waktu Thailand awal sejam dari Malaysia.. tapi sama je pun, Thai bukak kedai kul 8, jam Malaysia kul 9 dah.. so sama je lah kan..





Hotel kedai pun tak bukak lagi masa ni.. so kitaorg jalan2 cari sarapan...dan kitaorg beli ni kat tepi jalan..

Ya, mestilah kami beli dengan muslimah bertudung.


Sedap kot ..Dah dapat sarapan, kitaorang  melilau2 cari hotel kat tepi pantai.. dan alhamdulillah dapat gak hotel ni Guitar Residence.. murah lah jugak hotel ni..Hotel tak perlu mahal, sebab kita nak berjalan satu hari suntuk.. kitaorang book 2 bilik.. 1 bilik untuk 2 orang dan 1 bilik lagi untuk 3 org.. 2700baht tak silap untuk 2 bilik ni 2hari 2 malam..

Dalam hotel ni ada :
  1.  Air condition
  2. Tv (yang rancangan dia sume bahasa depa.. boleh bayang cter hindustan cakap Siam?)
  3. Peti sejuk
  4. takde hot shower
  5. balkoni
  6. Wifi
  7. Tour pakage

Hotel tu jugak ada buat pakej untuk pusing Phi Phi island dan 4 island.. Senang kan.. 2 dalam 1..

Jom naik hotel..
untuk tukar baju dan sarapan lah..
sebab pasni kul 8.30 kan nak g mandi laut.. Yeay !!
Makan sikit je, tu pun hubby suapkan sebab masa ni perut dah memulas , mungkin sebab semalam makan nasi goreng tomyam kat Danok.








 







Kami amik dua2 twin bed room..

lebih kurang 8.50 camtu kitaorang siap2 dah tggu tourist guide kat depan hotel.. ada lah dalam 20 orang yang akan naik bot laju dengan kitaorang..


Nii kat depan Guitar Residence & La Venice On The Beach..(semputttt)
.. hotel dia dalam bangunan tepi jalan je..



Antara pakej yang ditawarkan...
Kami pilih Phi Phi Islands Tour (Hari pertama )dengan 4 Island Longtail boat(Hari Kedua).



Ni lah tempat Guitar hotel tu..


Ni owner hotel.. sempoi kan?




Pelancong dari Jepun..


Errr.. Pelancong dari Malaysia atau Indonesia ini?


Tengah2 tu  pelancong dari Sg Bakap, Penang.. hehehe


Kami dah sampai !!!

Kami ingat PhiPhi island ni satu pulau je.. rupanya ada 4 buah pulau ..


Pulau yang pertama.. Pa eh nama Pulau ni..Bamboo Island rasanya..



Viking Cave ni .. tak masuk pun , cuma boleh tengok dari jauh je..


Yang ni Sam(tourist guide) bagitau tempat sarang burung.. dijual kat China dengan harga 300USD semangkuk?????



Ni pantai kedua kami p.. nama diaaaaaaaa



 Yes pandai pun eja..MAYA BAY...


Eh interprem plak.. heheh


Bang, boolat peyot.. heheh


 Best !




 Fuh ! jatuh hati !!





Next pantai kami g Lohsamah Bay..Kami snorkeling disini..





Habis dah pantai....lapaq peot habaq hang...
pakej kami termasuk makan tau !!!

heeee

Disebabkan terlalu lapar, lupa nak amik gambar makann..
Oh ya, kami makan tengahari pkul 2 di PhiPhiDon ..

Kat sini.
.
.
.
.
.
.






Hospital.. nak bersalin kat sini , cubalah try test cuba.. 
heheh

Pas makan tu, kitaorg p snorkeling LAGI !!!!..Kat Hin Klang..




Maaf gambar takde sebab dalam kamera adik ipar..
Kamera dia waterproof..
So korang yg nak g sini, adalah tersangat baik , bagus dan bijak bawak kamera waterproof  ni..
dalam air aboleh amik gambar ikan, gambar korang menyelam pun boleh !!!

Nampak suasana cerah kan? tapi kusangka panas sampai ke petang, rupanya ujan ditengahhari..
Penat snorkeling, perjalanan balik tu, tiba2 bot laju ni benti..Periksa rupanya ada paip minyak terptus/tercabut camtu lah..
Tak lama pastu plak, tiba2 gerimis.. ok rilek lagi.. pastu makin lebat !!!!!
Tahu je lah kan bila ujan, laut gelora..
Bot rasa macam nak terbalik..
Masa ni mak mertua dah laung azan sendiri..
Risau masa ni mula teringat dosa pahala, mak abah kt kg..
Suami ada kat sebelah kan, so takde lah ingat kat suami..hehehhe
Cuma pegang tangan dia kuat2 dan adik ipar..

Alhamdulillah masih bernyawa..dan sempat berkongsi cerita tentang percutian di Krabi.. heheh

Oh ya, pesanan ni.. kalau dalam bot, tak perlu pakai jaket keselamatan..
Orang bot kata kalau bot terbalik, nnt kita terapung dalam bot tu, tak boleh nak keluar.
Jadi korang hanya perlu dakap/ pegang je jaket keselamatan tu..

Sambungan..
dalam gelora ombak laut tu, memang tak namapk darat dah..
nasib baik pemandu not tu ada GPS..dia daratkan kitaorang kat kawasan selamat bila berlaku Tsunami.
ap tah papantanda dia.. macam evacuation gitu..

Tapi masih dalam hujan lebat masa tu..
Tak habis2 dalam hati memanjatkan kesyukuran..
Kat kawasan tu, memang ada banyak Tuk-Tuk dan van yang volunteer bawa kami..
Kata suami, dorang ni agaknya ada persatuan kot untuk tggu kat kawasan ni bila ada ombak camni..

Alhamdulillah Ya Allah..

Bila dah jadi camni. mula lah dalam kepala ni  plan nak tukar pakej esok 4 island ke pakej  naik gajah..
Tapi kene tambah 300baht sorg..
errmmm takpelah..

Ok fine.. kami memang tak serik nak p laut lagi !!!!! hahahah

Malam takda aktiviti apa..
Makan kat kedai Islam..ada area situ..
Kuetiew ladna dia panggil ap ntah lupa, tapi 75baht..kira2 RM7.63 duit Malaysia
Untuk 5 orang makan, lebih kurang 400baht..Murah ke? mahai lah..tapi tu je plihan ada..
Balik sambung tengok tv dan tido..
Esok nak jalan 4 pulau..
Dan snorkeling !!

Sambung bahagian 3 nnt ya..






0 Comments

Post a Comment

Copyright © 2009 Zurr Izaty Zolkepli All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.

Letakkan notis atau link anda disini

(X)