0

Percutian ke Ao Nang Krabi Thailand-Bahagian 1

Posted by Unknown on 01:11
Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

1, 2 , 3 dan 4 November 2013 , Cekti dan keluarga sebelah suami bercuti di Ao Nang Krabi. Mula-mula tu tak plan nak p ramai, nak p bertiga je.. dah tu macam muat je kete nak ajak adik ipar, so kami pn p bersama.. jimat lah gak kan.. boleh berkongsi duit minyak dan tol.. lagipun adik ipar ni selalu dah g Thai..boleh lah bergilir bawa kereta dan tnjuk jalan di sana.. Tq ye adik ipar !

Untuk percutian ni , Cekti akan buat 4 bahagian..
Hari pertama : Bahagian 1,
hari kedua : Bahagian 2,
hari ketiga : Bahagian 3
dan hari ke empat : bahagian 4.

Cekti hari Jumaat tu 1/11 memang dah cuti sebab cikgu tadika tu indian, dia nak p jalan- jalan sempena deepavali.. hubby pn kerja setengah hari cuma.. pkul 2 baru nak kemas baju dan siap2 lah.. macam biasa bajet baju kalau Cekti 1 hari 1 baju.. tapi kalau tetiba ujan ke tumpah kuah kat baju ke, bawalah baju ganti siap sehelai..dan... anda kene tahu jugak, mana tempat yang anda nak p.. Krabi ni, memang pulau dan pantai kan.. so bawalah baju mandi juga..

Barang2 yang perlu ada :

  1. Passport
  2. Baju mandi : 1 helai baju tshirt dan 1 helai seluar. Cekti mandi laut selama 2 hari tu.. jadi pas balik hotel, cepat2 sidai balik, esok kering dah.
  3. Baju jalan : 3 helai blaus, 2 helai jeans. 
  4. Baju tidur:1  kain batik dan1  tshirt.. alah tidur atas katil kan bersih..
  5. Tuala : 1 je, sebab hotel dah sediakan tuala.
  6. Sabun/berus gigi/pencuci muka : sabun buku lah senang. Bukan apa, sabun mmg hotel bagi tapi melekit sabun dia.
  7. Minuman 3 in 1/Megi cawan : bawa je, kot2 malam2 nak makan/dahaga ke kan.. kat sana memang ada jual air tin, tapi takot lah.. sebab hubby kata air Coke dia buh arak..pastikan kalau nak beli apa2, ada logo halal thailand ya.. tak pun tukang jual tu bertudung atau tanya dia boleh makan ke tidak.
  8. Universal plug : plug kita kat malaysia 3 pin.. tapi kat thailand 2 pin je.. kan nnti nak cas hp ke, tab ke kamera ke. Kat sana pn ada jual gak, tapi takot nanti tak bukak ke kedai tu.. naya je..beli siap2 kat malaysia.
  9. Sunblock: maaf Cekti tak pakai.. biar lah rentung.. heheh
  10. Duit tukar baht : Haritu p dengan adik ipar, ada dia tunjuk money changer kat Changlon... upah murah katanya... memang lah RM 100 sama dengan  985.66baht.. tapi mestilah dorang nak untung sikit.. ada tempat tu kalau tukar RM 100 dia bagi 970baht, 950 baht.. jadi pilihlah yang banyak baht nya.. hehehe
  11. Minyak angin : Wajib !
  12. Kasut : Tak perlu bawa. Cekti 3 haritu pakai seliper je.. kita datang kan nak mandi manda, jalan2..bagi Cekti lebih selesa pakai seliper.
  13. Baju adik2 : Bawak lah 6 helai.
  14. Tudung/anak tudung : senang bawa tudung sarung/syria.. takyah nak bawa stereka.
  15. Air kosong ada dalam botol kat oeti ais hotel.

Nak cerita pasal pasport ni, Cekti baru buat hari Ahad 26/10 kat Kulim.. ramai orang sampai nombor habis.. terpaksa p lain plak hari isnin tu..

Dah p hari Isnin tu, boleh plak pas mak mertua dan hubby nyer pasport siap, Cektinya pasport tak siap2 g.. Apesal lahhh plak.. dorg kata ada org nama sama macam Cekti, alamat sama cuma cap jari lain.. 

What the ??????
Ok takpe lagi.. Cekti layankan jer.. Tggu sampai ptg , follow up pastu dia (imegresen) kata esok baru boleh p amik.. ok.. komfem siap takpa..


Bahagian 1.
1 November 2013 / Jumaat

Kami gerak dalam pukul 5.30 petang , gerak ke Permatang Pauh untuk ambik adik ipar . Jalan jem sangat sebab kawasan kilang dan banyak kenderaan (memanglah dah nama pun jem) , bak kata org peak hour. dalam redah jem tu , boleh plak polis buat roadblock.. dari 3 line p ke 1 line.. 1 jam dah membazir masa di situ !

Pkul 8 jugak lah sampai umah adik ipar, dan siap bawak 2 tong minyak , untuk bawa minyak sepanjang perjalanan di Krabi nanti.. harga minyak di thailand,agak mahal ya..dan boleh berubah bila2 masa je..

Contoh kalau 34.91baht sama dengan RM3.55 . Mahal ..bagi Cekti mahal lah kan..bagi korg tak tahu lah.. heheh



Bila dah sampai Changlon, kami tukar duit plak.. sambil beli roti dan megi cup bekalan di Karabi nanti sebab katanya makanan di Krabi mahal..

Sampai kat sempadan Thai lebih kurang jam 9 lebih.. tak ingat dah masa tu..sebab agak kelam kelabut nak beratur cop pasport.. oh ya, jangan lupa bagi tips RM1 ya masa nak cop tu..sebab jadi kat hubby, dia tak bg tips RM 1, muka org yg cop tu macam masam je pastu nnt ada lah dia buat hal.. jadi lebih baik siap duit RM1 , siap dapat senyuman dan cop pn cepat je.

Pas sempadan tu, ada kedai makan di Danok. Daging bakar ni, adik ipar yang cadangkan makan.. pehh memang sedap, macam daging burger !!!! Sapa ada resipi daging bakar danok ni, bagilah resipi..sedap sangat !!




Cekti makan nasi goreng tomyam.. sekali ada serai potong halus2 dengan daun limau purut.. 
Memulas perowtku..Adik ipar makan nasi ap ntah .lupa dah.. kat sini bayar guna baht boleh, guna malaysia pun boleh..

Sepanjang perjalanan, Cekti banyak terlelap.. jalan pun gelap je banyak pokok.. jalanraya dia cantik, jalan kampung macam jalan highway. 


Bantal leher ni lah best.,kalau tidur, leher tak gerak2..dia stay situ je.. selesa lah nak tidur.
Sepanjang 8 jam perjalanan hanya adik ipar dan hubby bertukar2 bawa kereta.. Cekti bawa kejap je ,sebab bagi masa hubby lak rest..

Hahah merasa gak lah bawa kete kat obersi..











0 Comments

Post a Comment

Copyright © 2009 Zurr Izaty Zolkepli All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.

Letakkan notis atau link anda disini

(X)