0

Waktu dan Cara Menunaikan Solat Sunat Hari Raya Aidiladha

Posted by Unknown on 19:35


Assalamualaikum..

Ya, Selamat Hari Raya Aidiladha untuk kamu .
Tahun ni beraya di P.Pinang bersama ibu mertua kesayangan Pn Habibah Mydin.

Allahuakbar ! Allahuakbar ! disunatkan sentiasa bertakbir dan bertasbih... Solat sunat ni agak mudah kalu dilakukan bersama imam sebab makmum takyah susah nk kira 'dah bpe kali tasbih dan takbir ak baca tadi eh '.. hahaha

oh ya..selalunya solat sunat ni didirikan pada jam 8 @ 8.30 pagi.. sekitar jam itu lah.. setiap tempat berbeza ya..kalu nak kepastian, silalah tanya pada ajk masjid rumah anda..

Cara menunaikan solat sunat hari raya aidiladha:

(1) Takbiratul ihram /Niat solat:

Lafaz niat: "Sahaja aku solat sunat Aidil adha dua rakaat makmum kerana Allah Taala" (jika ikut imam).

Niat dalam hati tu berbeza dari lafaz niat..niat dalam hati tidak berbunyi tidak berhuruf  .. nak lebih mudah faham , niat tu maksudnya kita tahu dah nak buat apa .. macam kita dah tahu keluar rumah ni nak p masjid semayang sunat .. senang kan..niat dah lah tu..

(2) Membaca doa iftitah.

(3) Kemudian takbir 7 kali sambil mengangkat tangan yang diselang selikan dengan tasbih sebanyak 6 kali.

(4) Membaca fatihah dan surah al-Akla.

(5) Rukuk , iktidal , sujud dan duduk antara dua sujud seperti biasa.

(6) Rakaat kedua takbir 5 kali  sambil mengangkat tangan yang diselang selikan dengan tasbih 4 kali.

(7) Membaca fatihah dan surah al-dhuha.

(8) Rukuk , iktidal , sujud dan duduk antara dua sujud seperti biasa.

(9) Memberi salam.

(10) Disunatkan takbir dan doa,

(11) Membaca dua Khutbah. (sekiranya bersolat secara berjamaah)



*Bacaan surah al.Akla dan al.Ghasyiyah boleh diganti dengan surah lain, sekiranya tidak menghafaz ayat tersebut.

*imam akan briefing nak buat apa nak buat apa dalam solat kalu anda tak faham ok.

ok..much love.


0 Comments

Post a Comment

Copyright © 2009 Zurr Izaty Zolkepli All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.

Letakkan notis atau link anda disini

(X)