0

Lagu Tanya Sama itu Hud-hud..

Posted by Unknown on 00:25

Cekti suka tulis apa yang Cekti nak tahu, pernah dengar,pernah alami dan pernah mencuba...Bukan  baca dari blog ke blog dan tulis..Kali ni Cekti nak cter apa yang Cekti dengar...Bila Cekti buka radio dalam kereta nak p sekolah kelmarin, terdengar lagu ni..Tanya sama itu Hud-hud...dan Cekti kenal penyanyi dan penulis lirik lagu ni, M.Nasir.. ada datuk tak eh..lupa dah..tapi Cekti suka nak tahu apakah maksud setiap nombor yang dinyanyikan beliau. kredit kepada  blogger open minda sebab ada info ni..Jom kita tengok ok..
 **Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan
Yang sampai hanya satu jalan
Ribu-ribu Margasatua
Mencari raja si Muraq
Yang sampai hanya tiga puluh
tiga puluh
Uuh... Sang Algojo
Uuh... nanti dulu
Lihat dunia dari mata burung
Atau lihat dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih
Dalam kalut ada peraturan
Peraturan cipta kekalutan
Di mana pula kau berdiri
Di sini
Uuh... Sang Algojo
Uuh... nanti dulu
Berikan ku kesempatan akhir ini
Untuk menyatakan kalimah sebenar
Berikan ku kesempatan akhir ini
Lai lai la lai lai lai lai
"Tanya sama itu hud-hud
Lang mensilang
Kui mengsikui
Kerana dia yang terbangkan aku ke mari"
"Tanya sama itu hud-hud
Lang mensilang
Kui mengsikui
Kerana dia yang terbangkan aku ke mari"
Uuh... Sang Algojo
Uuh... nanti dulu
Ulang **

Lai lai lai lai lai lai lai lai lai
lai lai lai lai lai lai lai lai lai
Lai lai lai lai lai lai lai lai lai
lai lai lai lai lai lai lai lai lai
Lai lai lai lai lai lai lai lai lai
lai lai lai lai lai lai lai lai lai
lai lai lai lai lai.......
 
Tujuh puluh tiga pintu 
Tujuh puluh tiga jalan
 Rasulullah pernah bersabda bahawa ....
 
Ketahuilah bahawa orang-orang sebelum kamu daripada Ahli Kitab telah berpecah kepada tujuh puluh dua kumpulan, dan sesungguhnya kumpulan ini (umat Islam) akan berpecah kepada tujuh puluh tiga (kumpulan), tujuh puluh dua daripadanya akan masuk neraka dan hanya satu daripadanya akan masuk syurga, iaitu al-Jamaah. (lihat Sunan Abu Daud no 4429).
 
Yang sampai hanya satu jalan 
bermaksud yang selamat. Hanya ada satu jalan untuk selamat iaitu dengan mengikuti sunnah Rasulullah dan para sahabat. Agak-agaknya la kan, kita ni mengikut sunnah baginda tak?
 
Beribu-ribu Margasatua
Mencari raja si Muraq
Yang sampai hanya tiga puluh
 
Rangkap ini diekstrak daripada syair Parsi - Musyawarah Burung (Mantiq Al-Tayr) tulisan Farid ud-Din Attar. Dalam syair tersebut, beribu-ribu burung terbang untuk mencari raja mereka, Simurgh. Daripada beribu-ribu burung tadi, hanya tiga puluh yang berjaya. Simurgh juga bermaksud 30. Kejayaan mereka membolehkan mereka sampai kepada tahap mengenali sang raja. Bukan mudah untuk sampai ke tahap tersebut kerana mereka perlu menghadapi 7 lembah. Sebenarnya, perjalanan burung-burung ini adalah perjalanan penulis syair tersebut dalam mencari makna dan hakikat hidup. Raja yang ditemui adalah diri mereka sendiri.


Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu
Algojo itu adalah orang yang ditugaskan mencabut nyawa. Kalau di penjara, beliau mungkin orang yang memegang butang yang menjadi pemegang lantai di bawah tali gantung. Tapi hakikat sebenar, yang ditugaskan mengambil nyawa itu adalah malaikat maut. Andainya dia tiba dan mahu menjalankan tugas, boleh tak kita nak kata kat dia, "Oohhh nanti dulu!"?
 
Lihat dunia dari mata burung
Atau lihat dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih
 
Dua rangkap yang atas tu jelas dan terang, menyuruh kita berfikir antara melihat dari mata burung,with an open mind dan berpandangan jauh atau sekadar mahu melihat seperti katak di bawah tempurung. Hanya melihat tempurung dan diri sendiri. Itupun kalau ada cahaya. Kalau tak ada? Gelap gelitalah jawabnya. Maka, pilihlah dengan akal dan iman yang dianugerahkan.
 
Dalam kalut ada peraturan
Peraturan mencipta kekalutan
Di mana pula kau berdiri
Di sini
 
"Singkap kembali sejarah Rasullullah membawa cahaya pada Zaman Jahiliah. Rasullullah mengajarkan Islam pada masyarakat yang jahil. Maka dalam keadaan jahil itu wujudlah satu sistem yang sempurna. Namun dunia kini sudah jauh berubah, sistem yang sempurna itu sudah tidak diguna pakai. Tempatnya diambil alih oleh undang-undang ciptaan manusia sendiri yang terlalu banyak kekurangan, terkadang itu banyak kontroversi berlaku dan kita berada DI SINI!"
 
Semasa kekalutan jahiliyah, peraturan Islam yang dibawa oleh Rasulullah mengubah keadaan masyarakat. Namun setelah peraturan tersebut diubah-ubah, ia mengundang kekalutan. Dan di mana kita berada? Di sini, di dunia yang penuh kalut ini.
 
Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu
Berikan ku kesempatan akhir ini
Untuk menyatakan kalimah/kisah sebenarnya
Berikan aku kesempatan akhir ini
Lai lai la lai la lai
 
Boleh tak merayu di saat akhir kehidupan. Waktu itu baru nak bertaubat, baru nak merayu, baru nak bersaksi dengan kalimah kebenaran (syahadah)? Baru nak kata, yang kita bersaksi sebenar-benar Tuhan hanyalah Allah. Sempat tak?
 
Tanya sama itu hud-hud
Lang mensilang
Kui mengsikui
Kerana dia yang terbangkan ku ke mari
 
Yang ni, kena baca kisah  Musyawarah Burung . Nampak macam ilmu Tarikat-->Makrifah kan..
 
 
Wallahualam..


0 Comments

Post a Comment

Copyright © 2009 Zurr Izaty Zolkepli All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.

Letakkan notis atau link anda disini

(X)