0

Zuhair kena HFMD

Posted by Unknown on 02:50

Sudah 9bulan Zuhair lahir, baru nak tulis pasal diri dia. Hehe maafkan bonda.. Lagipun kamu tak pandai membaca lagi hihi blog bonda ni takda lah seronok sangat.. Setakat untuk coretan bonda bersama kamu Zuhair..

Zuhair baru je ikut bonda ke Sarawak 2minggu lepas. Mula tu ok je segingga sabtu lepas Zuhair demam tapi tak panas sgt, 37.8 je.. Bawa dah ke klinik, tapi Dr kata demam nak tumbuh gigi.. Bonda pun ok je lah.. Sampai ke hari Isnin ada timbul 3bintik merah di lutut dan 3ulser mulut. Bonda pun terus bawa ke Hospital Bintulu waktu maghrib time tu.. Bonda tawakkal je lah sorang-sorang drive.


Nampak kan naik bintik kat mulut tu.. Malam pertama je lah dia duk merengek sebab ulser mulut tu.. Dr pn takda bagi ubat apa, cuma galakkan minum susu dan makan agar-agar. 

Rasa nak menangis bila anak macam ni.Dalam kepala dah fikir nak balik Penang je. Pengetua pulak tak bagi cRK lama-lama.Hmm punca dapat penyakit kaki tangan dan mulut ni dari rumah pengasuh. Pengasuh tak bagi tau pn ada budak yang kena. Bila bonda bagitau Zuhair kena penyakit kaki tangan dan mulut, baru lah dia nak bagitau . Huhu

Alhamdulillah dah seminggu ni Zuhair sihat dan takda dah ulser dan bintik merah. Happy me !!!!





0 Comments

Post a Comment

Copyright © 2009 Zurr Izaty Zolkepli All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.

Letakkan notis atau link anda disini

(X)