Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Kelmarin jururawat datang rumah. Datang untuk periksa kandungan Cekti . Macam biasa, periksa tekanan darah, uji air kencing dengan periksa bunyi pada perut, macam guna trompet tu.. Heheh. Jururawat akan datang rumah 4 kali dari mula mengandung sampai lah bersalin. Bagus juga klinik kerajaan ni.. Cekti macam rasa dapat layanan VIP pula. hehehe
|
Gambar hiasan |
|
Gambar hiasan |
Emm.. untuk post kali ni, Cekti nak kongsikan tentang senarai barangan yang perlu ada semasa nak pindah rumah. Oh ya, khas kat sini untuk rumah sewa ya.. Kalau rumah sendiri, mungkin lebih banyak lagi barang keperluan yang hendak dibeli.. hurmm mungkin lebih banyak lagi, nak renovate dapur lah, pasang CCTV lah..
Nak pindah rumah sewa ni, banyak juga sebenarnya benda yang nak kita pertimbangkan. Kalau anda masih bujang, takpa lah boleh kongsi 1 rumah dengan kawan2 lain. Pastu beli barang boleh kongsi dengan 5 6 kawan kita. Jadi kos untuk setiap seorang tu murah lah sikit kan. Berbeza lah pula dengan pasangan yang berkahwin . Mestilah hanya berdua je nak duduk rumah tu dan dua orang tu juga nak kongsi beli barang , dan bayar sewa rumah. Tu pun kalau suami isteri bekerja, kalau suami sahaja yang bekerja? Gaji 3k pn dikira taraf miskin.(Ek??).Oleh itu, harga rumah sewa adalah menjadi pertimbangan utama dan kemudian baru difikirkan tentang perkara lain seperti kemudahan dan lain-lain.
Fenin . Fenin .
Tapi tidak mengapa. perlahan-lahan cari ya.
Sambil cari rumah sewa tu, sambil godek-godek balik hadiah kahwin . Kot-kot ada senarai barang yang Cekti senaraikan ni anda semua dah dapat masa kahwin, tak perlu lah beli,. Jimat kan.
Barang tak perlu banyak, sebab nanti susah nak angkut barang. Kena sewa lori lah pula kan.
Eloklah survey dulu , tengok masuk sentuh rumah yang anda nak diami tu. Kalau langsir, ampaian , dapur dah ada, tak perlu lah nak bawa lagi.
|
Gambar hiasan |
*Senarai barang ini mungkin berbeza pada tiap orang.
Keperluan untuk bahagian ruang tamu
- Tikar / Karpet
- Extension plug.
- Rak kasut
- Langsir
- Kerusi comel
- Laptop/ tv
- Ayat pelindung rumah
Keperluan untuk bahagian bilik.
- Almari kain.
- Tilam / bantal / selimut
- Rak baju
- Langsir
- Bakul kain kotor
- Hanger
- Kipas
- Seterika
- Ridsect
- Cermin
Keperluan untuk bahagian dapur.
- Dulang
- Penapis (buat air kopi/teh)
- Thermos
- Bekas kopi/milo/gula.
- Langsir
- Ampaian
- Heater
- Multipurpose cooker
- Rak pinggan
- bakul sampah
- sabun pinggan/ span
- Rice cooker
- penyapu
- Penyodok
- seliper jepun
- Tong gas
- Dapur
- Peti sejuk
- Meja study yg bulat tu.(buat letak lauk)
- Tudung saji
- kain lap
- tin biskut
- pisau / papan pmotong /sudu garfu /cawan / jug / mug
- Periuk / kuali
- alas kaki
Keperluan untuk bahagian tandas.
- Mesin basuh
- baldi
- gayung
- sabun/syampu.. etc
- Alas kaki
emm banyak lah jugak kan.. hihi apa pun, jangan terlalu terdesak sangat nak beli semua ni sekali harung. Beli sikit-sikit. Ni baru rumah sewa. Kalau rumah sendiri nanti, tak tahu lah macam mana.. ;)
Ok. Wassalam.