0
Resepi Choux Pastry
Posted by Unknown
on
21:48
Assalamualaikum....
Mesti ramai nak tahu kan apa itu Choux Pastry . Cekti tahu pun sebab selalu tengok instagram , orang post gambar makanan mahal-mahal. Cekti ni pulak pantang kalau nampak, mesti terliur dan printscreen lah , pastu cari resipi dekat blog.
Mesti ramai nak tahu kan apa itu Choux Pastry . Cekti tahu pun sebab selalu tengok instagram , orang post gambar makanan mahal-mahal. Cekti ni pulak pantang kalau nampak, mesti terliur dan printscreen lah , pastu cari resipi dekat blog.
Walaupun Cekti tak boleh buat, sebab barang-barang membuat kek seperti mixer dan oven tak mampu lagi Cekti nak beli.. sob..sob. tapi Cekti tetap gak nak ambil resipi dan simpan baik-baik dalam blog.
Terima kasih pada Instagram, kerananya Cekti google resepi kat internet dan buat...Mana tahu kan, berniaga pastry lah pula. Ok berangan !
Terima kasih kepada tuan blog Kak Yati
Choux Pastry |
Choux Pastry
100g butter
250ml air putih
1/2 tsp gula pasir
150g tepung gandum (kotak Blue key yg superfine tu atau tepung gandum Baker's Choice) -ayak
3 biji telur Gred B
1/4 sudu teh garam
Cara-caranya
Campurkan 100g butter ,250ml air putih ,1/2 tsp gula pasir dan masak atas dapur dengan API KECIL sampai semua larut...
Dah
nampak bubble kecik2 kat keliliing periuk...masukkan tepung, kacau lagi sehingga tepung dah tak
melekat kat periuk tutup api....JANGAN sampai mendidh air
tu....
Kemudian masukkan ke dalam mixer. Pukul adunan di atas dengan kelajuan rendah sampai dah jadi suam masukkan 3 biji telur gred B, satu persatu dengan kelajuan rendah sehingga adunan .bercantum antara satu sama lain atau adunan agak kental....
Keluarkan dan masukkan dalam piping bag dengan nozle star atau terpulang anda nak acuan yang bagaimana. Janji ada piping bag. Paipkan atas dulang yang berlapik, kemudian bakar dengan suhu oven 200 C selama 25-30 min hingga kekuning
emas . Sejukkan dan boleh di sumbat krim
kastad.
Krim Kastard
200 ml susu UHT fullcream
2 biji telur gred B
30 g gula pasir
20 g tepung kastad
1/2 tsp vanila
secubit garam
Cara-caranya:
Didihkan sebentar susu fullcream, tutup api.
Campur dan kacau sebati 2 biji telur gred B, 30 g gula pasir dan 20 g tepung kastad . Selepas itu campur dan kacau sebati pula dengan susu yang sudah didihkan tadi .
Tapis ke dalam periuk untuk di masak dengan api perlahan
Tambah 1/2 tsp vanila dan secubit garam
Kacau lagi sampai kental dan masak sempurna ( ambil sikit dan rasa)
Sejukkan.
*Banyak tips untuk adunan jadi lembut, ringan berongga dan banyak lagi lah. Hanya peminat / penggemar kuih ni yang tahu tekstur sebenar . Boleh tengok blog Kak Wan
Ok. Selamat mencuba !
Post a Comment