0
Update / Kemaskini BR1M
Posted by Unknown
on
17:27
Assalamualikum dan selamat pagi !!!!
Sudah beberapa hari ni, sana sini orang memperkatakan tentang BR1M 3.0.. Bagi sesiapa yang sudah pernah memohon BR1M 2.0 sebelum ini, ada caranya untuk anda kemaskini maklumat anda.. Manakala untuk yang nak kemaskini maklumat tentang MAKLUMAT ISI RUMAH dan STATUS PERKAHWINAN, ada cara lain pula.
Dengar khabar BR1M 3.0 akan dapat bulan Febuari nanti. Jadi cepat-cepatlah kemaskini ya.
Contoh :
Kalau tahun lepas, anda belum berkahwin, dan tahun ni anda dah berkahwin. Untuk yang tahun lepas, anda sudah metakkan nama anda dan nama ibu bapa anda dalam SATU borang. Jadi tahun ni, anda mahu ASINGKAN nama anda dan meletakkan nama anda sebagai tanggungan suami. Anda kena isi borang lain iaitu borang yang boleh anda peroleh dari pejabat LHDN :
*Cekti ambil borang ni kelmarin di LHDN Bukit Mertajam di Bandar Perda.
A.Untuk yang pernah memohon BR1M sebelum ini.
1. Buka / Klik link ini ebr1m.hasil.gov.my atau boleh isi borang yang Cekti bagi kat atas tu secara manual.
2.Isikan No. Mykad/IC dan tarikh lahir .
Kemudian 'klik' kemas kini permohonan BR1M 2.0
3.Semak pada bahagian kotak 'maklumat bank' atau kalau anda nak kemaskini maklumat lain pun boleh. Cuma yang ni, Cekti nak tunjuk untuk kemaskini maklumat bank sahaja dulu.
4.Isikan nama bank dan no akauan.
5.Selepas tu, akan keluar 'pop-up agreement' :
6.Kalau maklumat anda sah , maka akan keluar lah jin kata permohonan anda telah berjaya dikemaskini.
7. Akhir sekali anda boleh cetak ya.
B.Untuk pemohon baru.
1. Buka / Klik link ini ebr1m.hasil.gov.my atau boleh isi borang yang Cekti bagi kat atas tu secara manual.
2.Isikan No. Mykad/IC dan tarikh lahir .
Kemudian 'klik' permohonan baru.
3. Isikan butiran peribadi anda.
4. Kemudian untuk tanggungan, kalau ada lah. Kalau untuk yang bujang, janda atau duda, atau warga emas, tiada tanggungan, tak perlu lah isi ya. Kalau tanggungan anda tidak bekerja, tulis 'sendiri' dan RM 0.00.
5. PASTIKAN semua maklumat adalah betul. Terutamanya bahagian alamat rumah dan no akaun bank. Tanda bahagian 'agreement box' untuk langkah seterusnya.
Post a Comment