0

Mencuci Pakaian

Posted by Unknown on 05:48
Assalamualaikum dan selamat sejahtera ! Hari ni dah 22 syawal.. masih lagi dalam mood raya sebab kuih raya banyak lagi kat dapur.. hehehe

Cerita tentang basuh baju ni, dulu masa form 1 (start masuk asarama) rendam baju, stokin, seluar dalam 1 baldi je.. masa budak2 lagi, mana lah tahu tips2 nih..tapi takpe lah, lets bygone be bygone..ehem..jadi sekarang ni, pas dah tahu, nak cuba praktikkan..

Tiap kali membasuh, Cekti akan asingkan kepada 3 bahagian/trip..Pastu membasuh pn seminggu sekali..Jimat air dan elektrik.. Baju pn takdelah cepat jadi regang sebab selalu cuci..
 
Jom, Cekti kongsikan apa tips yang Cekti amalkan sekarang masa nak cuci baju (guna mesin yerr).

Ketika cuci baju
Pakaian yang kita pakai terdiri daripada benda2 berikut:
Seluar jeans,seluar track,kain pelekat ,skirt,kain dalam, stokin,t-shirt,blaus,baju dalam, baju melayu, baju kurung,telekung,sweater,tudung manik,shawl,tudung bawal,anak tudung.

Jadi asingkan camni:

1)Bahagian kaki: seluar jeans/seluar track/kain pelekat/skirt/stokin/kain dalam/kain baju kurung/seluar baju melayu.

2)Bahagian badan: baju dalam/t-shirt/blaus/baju melayu/baju kurung/sweater.(baju dalam tu masuk dalam sarung kain,supaya tak stretch)

3)Bahagian kepala: kain telekung/shawl manik/tudung/anak tudung (shawl manik pn kene masuk dalam sarung kain..kat kedai ada jual)

Jadi kita ada 3 trip lah membasuh..Jangan lupa, semua baju/seluar kene terbalikkan untuk elakkan dari pudar warna..

Selepas membasuh
Silalah beli hanger banyak-banyak untuk sidai ye.. bukan apa.menjimatkan ruang..pastu untuk pakaian dalam,beli hanger yang bulat tu yang banyak penyepit tu..ada jual kat kedai jugak..Masa ni pn jangan terbalikkan lagi seluar..biarkan seluar dalam keadaan terbalik,supaya warna seluar tak pudar kene cahaya matahari..

Angkat pakaian
Seluar/baju yang diterbalikkan tadi,bolehkan dibetulkan semula..mudah melipatnye nanti..


0

Resipi ondeh-ondeh / buah melaka

Posted by Unknown on 03:44
Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Disebabkan Cekti ni dah kahwin , so kenelah tukar isi kandungan dalam blog ni bab masak-masak, kongsi resepi dan petua-petua menjaga rumahtangga.. ehem.. (ok duduk kene bersimpuh).

Kalau tengok, post sebelum ni banyak resepi masakan yang dah pun Cekti tuliskan, jadi post kali ni pun pasal masakan juga iaitu nak buat kuih BUAH MELAKA ! Yeay ! Kuih ni Cekti ingat abah Cekti je yang suka, rupanya family mertua pun suka.. lagi2 kalau gula melaka tu banyak, jadi manis lah kan.. jom kita usya resipi mudah dia..

Bahan2
  • 2 cawan Tepung Pulut
  • Gula melaka dipotong kasar (muat nak masuk dalam bebola)
  • kelapa parut digaul dengan sedikit garam
  • 2 titik pewarna hijau
  • garam
  • 1 cawan air

Cara-cara
1. Masukkan tepung pulut dalam bekas bersama sedikit garam dan pewarna hijau..Tuangkan air sedikit demi sedikit..Jangan terlalu lembik, bagi boleh bentuk je..
2. Setelah itu, ambil adunan tadi dan bulat2kan bagi besar ibu jari...masukkan gula melaka dan bulatkan balik.
3. Sementara bulat2kan tu, panaskan periuk yang berisi air..apabila mendidih, masukkan buah melaka tadi..apabila buah melaka sudah timbul, angkat dan golekkkan dalam kelapa parut tadi.. 


Gambar ihsan dari Google.


Senang je kan resipi dia,, Senang dan sedap jugak tw..Cekti kalau tengah buat kuih, mesti lupa nak ambil gambar.. tapi rupa buah melaka ni sama je,macam kat atas tu.. kalau nak kelainan, boleh pelbagaikan warna..owh ya.. Cekti tak pakai gula merah sebab gula dia berterabur.. kalu gula melaka ni cantik je seketul macam tu, jadi masa nak bulatkan balik tu takdelah nampak selekeh je..heheh Selamat mencuba !



0

Resepi Kuih Donut Kentang

Posted by Unknown on 03:36
Assalamualaikum.. Haritu mak mertua mintak buatkan donut kentang.. resipi ni Cekti mintak dari mak mertua.. cubalah buat ye..

Bahan2 nya


  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur ( dipukul )
  • 5 gram yis ( setengah paket kecil 11gram tu)
  • 1 1/2 sudu besar marjerin
  • 2 sudu besar gula
  • 3 biji kentang yang telah direbus dan dilenyek kasar
  • 2 sudu besar susu tepung bancuh dengan 90ml air suam
  • 4sudu besar gula yg dikisar

Caranya.

1.Campurkan semua bahan dalam bekas dan uli dengan tangan sampai jadi doh dan tak melekat pada tapak tangan. Uli selama 10 minit.
2. Pastu biarkan doh dalam bekas dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 1jam.

3.Selepas itu uli2 kan doh , bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengah,. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.
4. Goreng sehingga perang, dan salut donut kentang bersama gula yang dikisar tadi. Sedia untuk dihidangkan.


nak tengok tak donut Cekti? gebu tw.. heheh 






0

Cerita Raya

Posted by Unknown on 03:18
Assalamualaikum..

heheheh tergelak sendiri bila tengok blog ni tak berupdate langsung.. walaupun sebenarnya bantak cerita nak cerita, tapi bila takde gambar, rasa macam takde ghairah menulis.. hehehe

Cekti masih lagi belajar cara menulis blog yg diselitkan dengan unsur kecindan.. ye.. menulis sambil senyum2 tu masih lagi belum ada dalam blog nih.. heheheh ( ok asyik gelak je kan .. fullstop ) .

Kita berbalik kepada cerita utama iaitu RAYA ! First time beraya bersama suami dan mertua di Penang .. Cekti ni kadang2 terrrajin kadang2 terrrmalas.. Tapi alhamdullilah suami Cekti rajin menolong lap tingkap, sapu sampah dan juga mop lantai.. Dulu masa mula bercinta, tak tahu pulak suami ni rajin menolong.. pakej dalam hantaran agakknya.. heheh

Sehari sebelum raya memang kelam kabut walaupun sebenarnya takde wat kerja sangat sebab semua benda dah siap buat sebelum tu lagi.. tapi biasalah kadang2 kita jangka lain, yang menjadi lain.. heheh malam tu suami dah siap pasang lampu pelita, kelip2.. bercahaya2 rumah .. pastu g merempit dengan suami amik lemang.. 4 batang lemang, ad sebatang tak masak.. nasib lah kan..


Masa ni teman mertua cari perhiasan dinding kat Bnadar Perda.. dapatlah 4 frame..









Pagi raya tu , terasa syahdu kejap.. cehh feeling raya di perantauan lah kononnya.. kol mak abah minta maaf segala bagai, tergelak2 bagi nak cover nanges tu, padahal dah bertakung air mata huhuk..pagi raya tu cadang pas buat rendang, ingat nak wat roti jala cicah dengan kari..tapi terbangun kul 7..pas basuh muka sume cepat2 bancuh roti jala .. alhamdulillah mendapat sambutan.. habis licin ipar duai anak buah makan.. maklumlah selalu dah biasa pagi raya makan rendang dengan lemang..kali ni lain pulak..

Gmbar kat bawah ni tudung coklat adik ipar dan tudung  hijau tu pun adik ipar gak orang Kelantan..


Memang kelam kabut sangat pagi raya sampai tak sempat nak amik gambar rupa roti jala Cekti buat.. takpelah lain kali eh.. hmm pagi raya tu pas makan semua, bermaaf2an ,p rumah jiran depan rumah dan rumah kawan baik suami .. seronoknya raya kali ni sebab dapat makan kambing bakar ! heheh ayah mertua buat..pas habis makan semua kitaorang ramai2 gerak p Bagan Serai , rumah besan mak , beraya di sana pula.. 


Ni gambar ihsan dari Camera 360.. heheh

Esoknya raya kedua sambung sarapan makan kambing bakar lebihan semalam.. lembut sangat daging dia .. adeh terbayang2 lagi rasa dia.. heheh pagi tu dah siap packing baaju nak balik Selangor pula ...excited nak balik.. bukan pe, tak sabar nak pasang bunga api dan mercun kat rumah Selangor..

Apa pun, raya dimana2 sama meriah.. cuma kalau kat Selangor raya tu sebulan.. kat Penang raya kurang 3 hari je pastu dah hambar.. Last sekali ni gambar terbaru.. Raya ke 22.. hehehe





0

Resipi masakan II

Posted by Unknown on 16:26


Assalamualaikum... Cekti nak sambung resepi masakan I hartu.. jom try..

Resipi 7.Ayam masak merah

Bahan-bahannya

1/2 ekor ayam(goreng separuh masak)
3 sudu sos cili 
3 sudu sos tomato
2 batang serai
1 batang kayu manis
2 biji bunga lawang
santan RM 1
halia
2 biji bawang merah(sebiji hiris, sebiji lagi kisar)
8 batang cili kering
Daun sup

Cara-caranya

1.Tumis bawang hiris, kayu manis, bunga lawang.
2.dah naik bau, masukkan cili kering yang dikisar beserta serai.
3. Dah pecah minyak, masukkan sos cili dan sos tomato.
4. Masukkan ayam kacau dan masukkan santan.
5. Masukkan pula daun sup yang dipotong kasar beserta garam.

Resipi 8.Kari ikan

Bahan-bahannya

4 ekor ikan termenung
1 batang daun kari
1 paket serbuk kari kecil
1 sudu halba campur
5 sudu santan
3 sudu air asam jawa
1 biji bawang besar dihiris
1 biji tomato
2 biji terung

Cara-caranya

 1. Tumis bawang yang dihiris, halba campur dengan daun kari.
2. Masukkan rempah kari ikan yang dah digaul dengan air.
3.Masukkan air asam jawa.
4. Masak seketika dan masukkan santan dan ikan.
5.Akhir sekali masukkan tomato dan terung serta garam

Resipi 9.Nasi goreng cili kering

Bahan-bahannya

3 batang cili kering (rendam dan tumbuk)
1 labu bawang besar potong wedges
2 helai kobis
3 mangkuk nasi
 

Cara-caranya

1. Tumis bawang dan masukkn cili kering.
2.masukkan kobis yang dihiris halus dan masukkan nasi.
3. letakkan garam secukup rasa.



tak sedar harini dah 18 Ramadhan dah...

0

Resepi Masakan I

Posted by Unknown on 22:41




Assalamualaikum .. ok dah 1bulan 10 hari duk dekat rumah mertua.. jadi pelbagai jenis masakan dah Cekti pelajari dan praktikkan ..huhu jom tengok senarai menu masakan yang mertua Cekti ajar..

1.Laksa Penang
2.Daging tumis
3.Ikan masak lemak cili api
4.Labu air masak air
5.Sambal udang dengan petai
6.Bubur nasi
7.Ayam masak merah
8.Kari ikan
9.Nasi goreng cili kering

Resipi 1: Laksa Penang

Bahan-bahannya

8-10 tangkai cili kering
3 biji bawang besar
sedikit belacan
10 ekor ikan kembung/termenung
1 paket mee laksa kering cap cili
sedikit daun kesum
2 kuntum bunga kantan- dibelah 4@2
4 keping asam gelugor
 sedikit halia(buh je seketul cmtu)

Bahan Sampingan

timun
hirisan bawang besar

Cara-caranya

1. Gunting cili kering rendam lama bagi lembt dan kemudian kisar bersama bawang besar dan belacan dan ketepikan.


2. Rebus ikan termenung yang dipotong beberapa bahagian bersama sedikit garam ....setelah ikan masak, angkat ikan dan toskan, asingkan isi ikan dan tulangnya, air rebusan ikan tadi  boleh dijadikan stok kuah laksa... tulang ikan tadi dikisar dengan sedikit air, tapis dan curahkan kembali ke dalam air rebusan ikan tadi.

3. Isi ikan separuh diblender halus dan separuh lagi dihancurkan menggunakan sudu dan dimasukkan kembali dalam air rebusan ikan tadi, curah bahan kisar, 2 keping asam gelugor dan bunga kantan, biarkan mendidih seketika,  selepas itu masukkan daun kesum dan sesuaikan rasa, masukkan garam dan ajinomoto. Biarkan kuah mendidih dan masak kuah laksa sehingga terbit minyak baru tutup api.

4. Jika guna laksa kering tu, rendam semalaman atau lebih dari 6 jam supaya mee boleh kembang secara maksima....dan rebus seperti biasa. Mee kering direbus dan toskan, sediakan bahan sampingan yang lain. racik timun,bawang besar.. Sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.


Resipi 2.Daging tumis

 Bahan-bahannya


 1/2 kg daging

1 sudu kecil kunyit
sedikit garam
1 ruas jari halia
1 labu bawang
5 btg cili api

Cara-caranya

1.Tumbuk halia, bawang, dan cili.Ketepikan.
2.Rebus daging dengan kunyit sehingga empuk dan air rebusan kering.tak perlu keluarkan daging, biar je dalam kuali, pastu letak minyak ,tumis bahan yang ditumbuk tadi
4. dah siap..


Resipi 3.Ikan masak lemak cili api

Bahan-bahannya

 4 ekor ikan termenung/kembung

1 btg serai diketuk
3 btg cili padi
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 helai daun kunyit
1/2 ruas jari halia
2 keping asam keping
1 mangkuk santan pekat
1 mangkuk santan cair

Cara-caranya

1. Kisar halia,bawang,cili, halia.. ketepikan
2.Panaskan periuk dambil masukkan santan cair dan bahan kisar serta serai dan asam keping.
3. Biar mendidih masukkan ikan..kecilkan api.
4.agak2 dalam 5 minit pastu masukkan santan pekat dan garam.
5. Siap.

Resepi 4.Labu air masak air

Bahan-bahannya
 1/2  biji labu air
1/2 biji bawang besar (potong wedges)
2btg cili api
sedikit belacan.
1 mangkuk air

Cara-caranya

1.Tuang sedikit sahaja  minyak dan tumiskan bawang .bawang tu gak layu je, jangan sampai macam nak goreng bawang.
2. Tumbuk cili dengan belacan..ketepikann.
3.masukkan air dengan bahan yg ditumbuk..biar mendidih,masukkan labu air.. masukkn garam.
4. dah boleh hidang.


Resipi 5.Sambal udang dengan petai

Bahan-bahannya

 3 papan petai.(kerik bahagian luar bagi hilang getah)

10 ekor udang besar
8 tangkai cili kering(gunting dan rendam)
1 labu bawang besar
sedikit belacan
3 sudu air asam jawa
sedikit gula
sedikit garam

Cara-caranya

 1.Kisar bawang,cili kering dgn belacan. tumiskan dengan air asam jawa

2.selepas naik minyak,msukkan petai dan kacau sampai mendidih.
3.masukkan udang ,pastu baru masukkan gula dengan garam.Hanya bahan sambal je Cekti masuk kan gula..kalau masakan macam masak lemak takyah buh gula..
4.ok.. dah siap.

Resipi 6.Bubur nasi

Bahan-bahannya
 1/2 pot beras.
10 biji lada hitam
1 batang serai
sedikit halia
1/2 cawan santan
3 helai daun bawang
sedikit udang

Cara-caranya

1. Masak beras dengan air yang banyak(contoh sukat air dengan 2 ruas jari) .
2.apabila nasi telah menjadi bubur, masukkan lada hitam,serai,udang, halia dan santan.biar mendidih.
3. hias dgn daun bawang.
4. dah boleh makan.

ni dahulu resipi dati mertua Cekti.. Sambungan resipi masakan II nanti ye,, hehhe selamat berpuasa...(Gambar takde sebab nanti takut terkecur air liur.. heheh)


0

Baju Muslimah/ Blaus

Posted by Unknown on 17:13
 Assalamualaikum... jom window shopping lagi.. heheh eh tak kene bayar pn lah.. cuci mata je dlu ok..

Harga RM 55 termasuk pos..

 

Stok : Masih Ada Size M, L
Material : Cotton lembut dan sejuk ( bukan cotton tshirt)
Design jenis ada ber’cutting’/ber’shape’


Anggaran Ukuran Size :
M: Bahu 14′ Dada 34′ Labuh 31′ Lengan 20.5′ Punggong 40′
L : Bahu 15′ Dada 37′ Labuh 31′ Lengan 21′ Punggong 42′
XL : Bahu 16 ‘ Dada 39′ Labuh 32′ Lengan 21′ Punggong 44′
XXL : Bahu 18′ Dada 44′ Labuh 35′ Lengan 23′ Punggong 48′


Stok : Masih Ada Size M
Material : Cotton lembut dan sejuk ( bukan cotton tshirt)
Design jenis ada ber’cutting’/ber’shape’
Ada belah di sisi baju.


 Stok : Masih ada size XL




 Stok : Masih Ada Size M, L, XL

 Stok : Masih Ada Size M, L, XL


 Stok : Masih Ada Size M, L, XL



 Stok : Masih Ada Size M

 Stok : Masih Ada Size M, L, XL, XXL



 Stok : Masih Ada Size L


 Stok : Masih Ada Size XL


 Stok : Masih Ada Size XL

 Stok : Masih Ada Size M, L

 Stok : Masih Ada Size M, L, XL


 Stok : Masih Ada Size M, XL


 Stok : Masih Ada Size M, L



 Stok : Masih Ada Size XL



 Stok : Masih Ada Size M, L



 Stok : Masih Ada Size M, L



Stok : Masih Ada Size M, L, XL


kalau nak tengok baju lain, sila lah singgah di fb "aksesori dan keychain' ye..https://www.facebook.com/pages/Aksesori-dan-keychain/137113273022957

Copyright © 2009 Zurr Izaty Zolkepli All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.

Letakkan notis atau link anda disini

(X)