0

Update / Kemaskini BR1M

Posted by Unknown on 17:27
Assalamualikum dan selamat pagi !!!!


Sudah beberapa hari ni, sana sini orang memperkatakan tentang BR1M 3.0.. Bagi sesiapa yang sudah pernah memohon BR1M 2.0 sebelum ini, ada caranya untuk anda kemaskini maklumat anda.. Manakala untuk yang nak kemaskini maklumat tentang MAKLUMAT ISI RUMAH dan STATUS PERKAHWINAN, ada cara lain pula.

Dengar khabar BR1M 3.0 akan dapat bulan Febuari nanti. Jadi cepat-cepatlah kemaskini ya.

Contoh :
Kalau tahun lepas, anda belum berkahwin, dan tahun ni anda dah berkahwin. Untuk yang tahun lepas, anda sudah metakkan nama anda dan nama ibu bapa anda  dalam SATU borang. Jadi tahun ni, anda mahu ASINGKAN nama anda dan meletakkan nama anda sebagai tanggungan suami. Anda kena isi borang lain iaitu borang yang boleh anda peroleh dari pejabat LHDN :

 *Cekti ambil borang ni kelmarin di LHDN Bukit Mertajam di Bandar Perda.





Cekti kongsikan maklumat melalui pembacaan dari SINI ya..

A.Untuk yang pernah memohon BR1M sebelum ini.

1. Buka / Klik link ini ebr1m.hasil.gov.my atau boleh isi borang yang Cekti bagi kat atas tu secara manual.
2.Isikan No. Mykad/IC dan tarikh lahir .

Kemudian 'klik' kemas kini permohonan BR1M 2.0

3.Semak pada bahagian kotak 'maklumat  bank' atau kalau anda nak kemaskini maklumat lain pun boleh. Cuma yang ni, Cekti nak tunjuk untuk kemaskini maklumat bank sahaja dulu.


4.Isikan nama bank dan no akauan.


5.Selepas tu, akan keluar 'pop-up agreement' :


6.Kalau maklumat anda sah , maka akan keluar lah jin kata permohonan anda telah berjaya dikemaskini.


7. Akhir sekali anda boleh cetak ya.





B.Untuk pemohon baru.

1. Buka / Klik link ini ebr1m.hasil.gov.my atau boleh isi borang yang Cekti bagi kat atas tu secara manual.
2.Isikan No. Mykad/IC dan tarikh lahir .

 Kemudian 'klik' permohonan baru.

3. Isikan butiran peribadi anda.


4. Kemudian untuk tanggungan, kalau ada lah. Kalau untuk yang bujang, janda atau duda, atau warga emas, tiada tanggungan, tak perlu lah isi ya. Kalau tanggungan anda tidak bekerja, tulis 'sendiri' dan RM 0.00.


5.  PASTIKAN semua maklumat adalah betul. Terutamanya bahagian alamat rumah dan no akaun bank. Tanda bahagian 'agreement box' untuk langkah seterusnya.



6.Kalau maklumat anda sah , maka akan keluar lah jin kata permohonan anda telah berjaya dikemaskini.



7. Akhir sekali anda boleh cetak ya.



*Paling penting anda cetak borang ni .Kalau tak ada printer, boleh save dulu dan cetak kemudian.
'Right click' pada borang tu atau tekan CTRL + S.

Soalan 1:
Salam, boleh ke kalau buat 2 borang untuk 1 rumah yang sama?Maksud saya , saya bujang 1 borang dan mak saya janda 1 borang.
Boleh. Sebab ada  syarat kelayakan INDIVIDU kat belakang borang tu tulis orang bujang boleh mohon dan  janda/ duda boleh mohon.


Soalan 2 :
Cekti boleh print ke borang yang Cekti bagi ni. Macam malas je p LHDN tu.
Boleh.Print je lah. Depan belakang dalam 1 kertas je. Tapi print atas kertas putih je ya. Jangan pulak kertas warna pink atau biru. hehe

Soalan 3:
Saya nak tukar status saya dari bujang ke kahwin. Saya pun malas macam Soalan no 2 nak p LHDN. Saya update online boleh?
Tak boleh. Memang tak ada pun bahagian kemaskini status perkahwinan. Kalau malas p LHDN, print borang atas tu, isi  tapi pastu kena jugak  hantar ke LHDN ya. 

Soalan 4:
Saya malas nak update maklumat bank , boleh tak kalau saya taknak update?
Boleh. Nanti kalau awak dapat BR1m 3.0 ni, awak akan dapat baucer. Jadi kena beratur panjang nanti jangan merungut tau.
Ok. itu sahaja perkongsiannya.
Sila lah SHARE dengan kawan anda yang bujang 21tahun keatas.




0

Sambungan : Krabi Snorkeling

Posted by Unknown on 21:50
Haa untuk post kali ni, cuma gambaq ja Cekti letak..

Sebab masa buat entry Krabi haritu gambar snorkeling takda..

















































Ok bye2..



0

Senarai Nama Menteri 2013-2018

Posted by Unknown on 19:15
Nama-nama Menteri Malaysia 2013. Senarai Lengkap dan Rasmi Nama-Nama Menteri di Malaysia 2013. List of Cabinet of Ministers and Deputy Ministers of Malaysia 2013. 


PUTRAJAYA, 15 Mei – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak petang tadi (tu) mengumukan senarai kabinet beliau selepas Barisan Nasional (BN) menang pada pilihan raya umum ke 13 pada 5 Mei lalu.

Berikut adalah senarai menteri bagi kabinet baharu penggal 2013-2018 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak:


Kerajaan bukan UMNO sahaja.
Kerajaan adalah parti politik yang mendapat mandat daripada rakyat.

Senarai Nama Menteri Kabinet Malaysia 2013, List of Cabinet of Ministers and Deputy Ministers of Malaysia Penggal Ke-13, Senarai Lengkap dan Rasmi Nama-Nama Menteri di Malaysia serta tugas-tugas rasmi di kementerian Malaysia

Perdana Menteri Malaysia
Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan Perdana Menteri Malaysia
Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri Jabatan Perdana Menteri
  • Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom
  • Senator Abd Wahid Omar
  • Senator Datuk Seri Idris Jala
  • Senator Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
  • Datuk Seri Shahidan Kasim
  • Pn Hjh Nancy Shukry
  • Datuk Joseh Entulu
  • Senator Paul Lau Seng Kuat
  •                        
Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri
  • Datuk Razali Ibrahim
  • P.Waythamoorthy

Kementerian Pertahanan
  • Menteri Pertahanan Malaysia: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
  • Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia: Datuk Rahim Bakri

Kementerian Kewangan
  • Menteri Kewangan Malaysia: Datuk Seri Najib Tun Razak
  • Menteri Kewangan Malaysia (II): Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah
  • Timbalan Menteri Kewangan Malaysia: Datuk Ahmad Madzlan

Kementerian Pelajaran & Pengajian Tinggi
  • Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi: Tan Sri Muhyiddin Yassin
  • Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi (II):  Datuk Seri Idris Jusuh
  • Timbalan Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi: Datuk Dr Meryl Yap
  • Timbalan Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi (II): Datuk P Kalamanatahan

Kementerian Dalam Negeri
  • Menteri Dalam Negeri: Datuk Seri Zahid Ahmad Hamidi
  • Timbalan Menteri Dalam Negeri: Datuk Seri Dr Wan Junaidi

Kementerian Pengangkutan
  • Menteri Pengangkutan: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Pemangku)
  • Timbalan Menteri Pengangkutan: Datuk abdul Aziz Kaprawi

Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan
  • Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan: Datuk Seri Mohd Nazri Nazri Aziz
  • Timbalan Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan: Datuk Joseph Salang

Kementerian Luar Negeri
  • Menteri Luar Negeri: Datuk Anifah Aman
  • Timbalan Menteri Luar Negeri: Datuk Hamzah Zainudin

Kementerian Kerja Raya
  • Menteri Kerja Raya: Datuk Fadilah Yusuf
  • Timbalan Menteri Kerja Raya: Datuk Rosnah Abd Rashid

Kementerian Kesihatan
  • Menteri Kesihatan: Datuk S Subramaniam
  • Timbalan Menteri Kesihatan: Datuk Seri Hilmi Yahya

Kementerian Belia Dan Sukan
  • Menteri Belia Dan Sukan: Khairy Jamaluddin
  • Timbalan Menteri Belia Dan Sukan: Datuk Saravanan Murugan

Kementerian Sumber Manusia
  • Menteri Sumber Manusia: Datuk Richard Riot

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kepenggunaan
  • Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kepenggunaan: Datuk Hassan Malik
  • Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kepenggunaan: Senator Ahmad Bashah

Kementerian Perdagangan Antarabangsa
  • Menteri Perdagangan Antarabangsa: Mustapa Muhammad
  • Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa: Datuk Hamim Samuri

Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani
  • Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub
  • Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani: Datuk Tajuddin Abd Rahman

Kementerian Sains Teknologi dan Innovasi
  • Menteri Sains Teknologi dan Innovasi: Datuk Ivon Ibin
  • Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Innovasi: Datuk Sr Abu Bakar

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
  • Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar: Datuk Seri G Palanivel
  • Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar: Datuk Dr James Dawos

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
  • Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air: Datuk Dr Maxsimus Ongkili
  • Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air: Datuk Seri Mahathir Khalid

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
  • Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah: Datuk Sri Shafie Apdal
  • Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah: Datuk Seri Alexander Nanta Linggi

Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi
  • Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi: Datuk Seri Douglas Unggah
  • Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi: Datuk Noriah Kasnun

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
  • Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan: Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan
  • Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan: Datuk Halimah Mohd Sadique

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
  • Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Datuk Rohani Ab Karim
  • Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Datuk Dr James Dawus

Kementerian Komunikasi dan Multimedia
  • Menteri Komunikasi dan Multimedia: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
  • Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia: Datuk Jailani Johari

Kementerian Wilayah Persekutuan
  • Menteri Wilayah Persekutuan: Datuk Seri Tg Adnan Tengku Mansoor
  • Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan: Senator Datuk Dr Logabalamohan

Sumber: Senarai Nama Menteri Kabinet Malaysia 2013 http://www.hootoh.my/2013/05/senarai-nama-menteri-kabinet-malaysia.html#ixzz2pxDi3Anq
Hootoh Blog By Hootoh Tudia 

*Semangat nak tambah pengetahuan am ya..

Bye ! hehe

0

Tandatangan Cekti. :0

Posted by Unknown on 17:38


0

Resipi Begedil Ayam

Posted by Unknown on 22:27




Assalamualaikum..

Hujan lebat kat sini.. en. suami sedang lena letih agaknya menyiapkan laporan projek untuk semester ni.. Biarlah dahulu, boleh lah Cekti pinjam laptop beliau sebentar untuk kongsikan resipi begedil ayam ni.. hihihi :D

Resipi ni, mak Cekti yang ajarkan.. Inshaallah sedap.. 

Bahan-bahan ( 15 biji begedil cumil )

  • 4 biji kentang
  • satu sudu kecil garam 
  • 1/2 sudu kecil lada putih
  • dada ayam yang dicincang kasar
  • daun sup dan bawang  dicincang halus
  • 1biji bawang merah yang telah digoreng
  • 1 biji telur (di pukul)

Cara-cara 


1.Kentang dikupas, dipotong 4 dan digoreng hingga garing. 

2.Setelah garing, tumbuk atau lenyekkan kentang itu hingga hancur. Biar sejuk. 

3.Kemudian ambil ayam cincang dan goreng sebentar atas api tanpa minyak dan gaulkan bersama kentang yang sudah dilenyek tadi. 

4.Masukkan daun sup, daun bawang, bawang goreng, lada putih dan garam. 

5.Gaul hingga semua bahan sebati. Kemudian ambil sedikit dan bulat2kan dengan saiz sederhana 

6.Akhir sekali, celupkan dalam telur dan goreng. 














  *Tips tambahan
  • Kentang JANGAN direbus, nanti adunan akan jadi lembik, dan terpaksa tambah tepung plak.
  • Isi ayam boleh diganti dengan ayam kisar atau daging burger.
  • Urutan nak masukkan apa dulu, tak kisah, asalkan semua bahan diadun sempurna.
  • Kalau nak jimat pakai telur, boleh tambahkan tepung gandum untuk banyakkan lagi salutan telur tu..
  • Bawang jangan digoreng terlalu garing, nant begedil jadi warna hitam.

Selamat Mencuba !!

0

The Ridge

Posted by Unknown on 19:33
Assalamualaikum..
Tajuk pasal tempat makan kat Batu Kawan.. di Jeti Pulau Aman ..
Disebabkn malas dan tak larat masak, jadi en suami pun ajak p makan kat kedai.. 
Rasanya hampir tiap hari makan luar kot.. heeee tapi yang ni je Cekti buat post sebab ada kenangan disini.. 

*Gambar ni Cekti scan sebab laptop tak boleh baca CD.. huuu macam nak kene beli laptop baru je..






 

 
  





 

Tempat ni kira-kira 30 minit dari umah.. kawasan dia best.. sebab tepi laut.. boleh rasa deruan ombak.. cehh... Masa Cekti kahwin dulu, tempat ni lah kami amik gambaq..

hehe makanan dia ok lah jugak .. harga pn berbaloi.. kata en. suami pemilik restoran yang agak mewah ni adalah melayu.. jadi wajiblh support kn.. 

 
 









 









Tekak memang loya dan takda teringin nk mkn apa.. cenggitu lh.. klu teringin masa tu, masa tu je lh teringinnya.. pas 2 3 hr tak dapat mkn, cekti pn tak teringin dah.. hehe

jadi setelah memikirkan barang sepurnama,

 kami pn pilih lamb chop rm18 dan nasi gorengseafood rm8.80...
Ayaq laici suam rm 2.80 dan nescafe rm 1.80.. bagi cekti mcm mahai lh kn sbb klu kat kedai biasa, mknan cmni leh dapat suku murah.. hehe
servis cepat.. tak sampi 10 mnit tguu.. dan taraaaa..





 Tebal lah jugak lamb chop dia ni.. still juicy..



                     Lapor ye bang.. heheh




Cekti boleh mkn sikit je nasi goreng tu sebab nasi dia buh dalam nenas muda.. en. suami takot nak bagi Cekti makan.  haha lamb chop pulak cekti tak bape lalu...biasalah kambing kan bau... makan sikit2 tapi tu pun cicah sambl sikitttttttt.. 


sila lah datang makan kat sini.. servis bagus..makanan pun depa serve elok.. cuma sedia duit lah kalau bawa sedara sedarat.. 

ok bye !

Copyright © 2009 Zurr Izaty Zolkepli All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.

Letakkan notis atau link anda disini

(X)