0
Alhamdulillah.. ;)
Posted by Unknown
on
05:48
Assalamualaikum ;)
Cekti pergi ke Poliklinik Suri di Nibong Tebal untuk double comfirm Cekti mengandung atau tak..
Ni adalah klinik panel encik suami..
dulu pnah mai sini sebab senggugut teruk tapi doktor tak bg ubat apa pn.. ishk..ishk..
Masuk je, doktor tu tanya ..
'Senggugut lagi ke zaty?'
'Tak lah doktor..cuma loya je muntah2 selalu..angin kot..'
'Yeke.. dah ada isi kot tuuu..'
heheh padahal memang dah tau kan pregnant, tapi saja lah takmau tunjuk pandai..
'Jom kita scan'
Doctor tu check dan
mengatakan yang kandungan Cekti ni 7minggu.
"haaaa..tu dah nampak kantung baby tu".
"Ok yang ni, nampak tak ada tiny dot yang kecik ni. Masih kecil lagi sebab baru masuk 7 minggu kandungan ni :)"
Dalam hati Cekti seronok dan sebak tengok zuriat Cekti sendiri bersama suami :') Allah
mengurniakan rezeki anak juga pada Cekti. Dekat 9 bulan usia
perkahwinan Cekti, last-last Cekti
mendapat tau ada sesuatu yang berharga berada dalam rahim Cekti :')
Syukur Alhamdulillah..
Masa ni dah nampak denyutan jantung
baby, lip lap lip lap berkelip...Ya Allah, kali ni tengok rasa syukur sangat2,
comelnye nampak seorang makhluk Allah yang kecil dalam rahim..
Dan sekarang ni, Cekti berusaha menjaga zuriat Cekti dengan penuh kasih
sayang..Walaupun tidak terbentuk lengkap sempurna lagi tubuh badan baby
dalam rahim , Cekti tetap bersyukur dan menunggu ianya membesar dari
hari ke hari.....Dan kalau nak tau, Cekti dah nak hampir 3 minggu
morning sickness :') Sakitnya tahan perasaan muntah, loya, lemah badan,
pening2 hanya Allah sahaja yang tau, tapi takpe Cekti kuat demi baby
dalam rahim ni...
Cekti tak p kerja dekat 2 hari dah..
Sebab nak cek baby ni..
huhu selesaikan buat buku pink sekali kat klinik ibu dan anak sg Bakap..
Dapat MC 1 hari jaaa... huuuu Cekti nak 2 harii..
Last but not least, thanks for spend your time to read my entry :')
Hanya entry kegembiraan yang boleh Cekti kongsikan...
Doakan baby kandungan Cekti sihat dan cepat membesar :') Doakan juga Cekti takde sebarang masalah untuk pegi kerja sama2 dengan
baby. hehe. Doakan baby Cekti comel2 dan bijak..
Post a Comment