Cekti suka tulis apa yang Cekti nak tahu, pernah dengar,pernah alami dan pernah mencuba...Bukan baca dari blog ke blog dan tulis..Kali ni Cekti nak cter apa yang Cekti dengar...Bila Cekti buka radio dalam kereta nak p sekolah kelmarin, terdengar lagu ni..Tanya sama itu Hud-hud...dan Cekti kenal penyanyi dan penulis lirik lagu ni, M.Nasir.. ada datuk tak eh..lupa dah..tapi Cekti suka nak tahu apakah maksud setiap nombor yang dinyanyikan beliau. kredit kepada
blogger open minda sebab ada info ni..Jom kita tengok ok..
**Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga
jalan
Yang sampai hanya satu jalan
Ribu-ribu Margasatua
Mencari raja si Muraq
Yang sampai hanya tiga puluh
tiga puluh
Uuh... Sang Algojo
Uuh...
nanti dulu
Lihat dunia dari mata burung
Atau lihat dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih
Dalam kalut ada peraturan
Peraturan cipta kekalutan
Di mana pula kau berdiri
Di sini
Uuh... Sang Algojo
Uuh... nanti dulu
Berikan ku kesempatan akhir ini
Untuk menyatakan kalimah sebenar
Berikan ku kesempatan akhir ini
Lai lai la lai lai lai lai
"Tanya sama itu hud-hud
Lang mensilang
Kui mengsikui
Kerana dia yang terbangkan aku ke
mari"
"Tanya sama itu hud-hud
Lang mensilang
Kui mengsikui
Kerana dia yang terbangkan aku ke mari"
Uuh... Sang Algojo
Uuh... nanti dulu
Ulang **
Lai lai lai lai lai lai lai lai lai
lai lai lai lai lai lai lai lai lai
Lai lai lai lai lai lai lai lai lai
lai lai lai lai lai lai lai lai lai
Lai lai lai lai lai lai lai lai lai
lai lai lai lai lai lai lai lai lai
lai lai lai lai lai.......
Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan
Rasulullah pernah bersabda bahawa ....
Ketahuilah bahawa orang-orang sebelum kamu daripada Ahli Kitab telah
berpecah kepada tujuh puluh dua kumpulan, dan sesungguhnya kumpulan ini
(umat Islam) akan berpecah kepada tujuh puluh tiga (kumpulan), tujuh
puluh dua daripadanya akan masuk neraka dan hanya satu daripadanya akan
masuk syurga, iaitu al-Jamaah. (lihat Sunan Abu Daud no 4429).
Yang sampai hanya satu jalan
bermaksud yang selamat. Hanya ada satu jalan
untuk selamat iaitu dengan mengikuti sunnah Rasulullah dan para sahabat.
Agak-agaknya la kan, kita ni mengikut sunnah baginda tak?
Beribu-ribu Margasatua
Mencari raja si Muraq
Yang sampai hanya tiga puluh
Rangkap ini diekstrak daripada syair Parsi - Musyawarah Burung (Mantiq
Al-Tayr) tulisan Farid ud-Din Attar. Dalam syair tersebut, beribu-ribu
burung terbang untuk mencari raja mereka, Simurgh. Daripada beribu-ribu
burung tadi, hanya tiga puluh yang berjaya. Simurgh juga bermaksud 30.
Kejayaan mereka membolehkan mereka sampai kepada tahap mengenali sang
raja. Bukan mudah untuk sampai ke tahap tersebut kerana mereka perlu
menghadapi 7 lembah. Sebenarnya, perjalanan burung-burung ini adalah
perjalanan penulis syair tersebut dalam mencari makna dan hakikat hidup.
Raja yang ditemui adalah diri mereka sendiri.
Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu
Algojo itu adalah orang yang ditugaskan mencabut nyawa. Kalau di
penjara, beliau mungkin orang yang memegang butang yang menjadi pemegang
lantai di bawah tali gantung. Tapi hakikat sebenar, yang ditugaskan
mengambil nyawa itu adalah malaikat maut. Andainya dia tiba dan mahu
menjalankan tugas, boleh tak kita nak kata kat dia, "Oohhh nanti dulu!"?
Lihat dunia dari mata burung
Atau lihat dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih
Dua rangkap yang atas tu jelas dan terang, menyuruh kita berfikir antara
melihat dari mata burung,with an open mind dan berpandangan jauh atau
sekadar mahu melihat seperti katak di bawah tempurung. Hanya melihat
tempurung dan diri sendiri. Itupun kalau ada cahaya. Kalau tak ada?
Gelap gelitalah jawabnya. Maka, pilihlah dengan akal dan iman yang
dianugerahkan.
Dalam kalut ada peraturan
Peraturan mencipta kekalutan
Di mana pula kau berdiri
Di sini
"Singkap kembali sejarah Rasullullah membawa cahaya pada Zaman
Jahiliah. Rasullullah mengajarkan Islam pada masyarakat yang jahil. Maka
dalam keadaan jahil itu wujudlah satu sistem yang sempurna. Namun dunia
kini sudah jauh berubah, sistem yang sempurna itu sudah tidak diguna
pakai. Tempatnya diambil alih oleh undang-undang ciptaan manusia sendiri
yang terlalu banyak kekurangan, terkadang itu banyak kontroversi
berlaku dan kita berada DI SINI!"
Semasa kekalutan jahiliyah, peraturan Islam
yang dibawa oleh Rasulullah mengubah keadaan masyarakat. Namun setelah
peraturan tersebut diubah-ubah, ia mengundang kekalutan. Dan di mana
kita berada? Di sini, di dunia yang penuh kalut ini.
Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu
Berikan ku kesempatan akhir ini
Untuk menyatakan kalimah/kisah sebenarnya
Berikan aku kesempatan akhir ini
Lai lai la lai la lai
Boleh tak merayu di saat akhir kehidupan. Waktu itu baru nak bertaubat,
baru nak merayu, baru nak bersaksi dengan kalimah kebenaran (syahadah)?
Baru nak kata, yang kita bersaksi sebenar-benar Tuhan hanyalah Allah.
Sempat tak?
Tanya sama itu hud-hud
Lang mensilang
Kui mengsikui
Kerana dia yang terbangkan ku ke mari
Yang ni, kena baca kisah
Musyawarah Burung . Nampak macam ilmu Tarikat-->Makrifah kan..
Wallahualam..