0

Macam nak makan je.

Posted by Unknown on 05:54


Nak resipi ada kat akak ni.. Krunchy Caramel Almond

Rujukan : Kak Patmah Aspar

200 gm tepung Florenta
200 gm badam keping
100 gm kuaci hitam
20 gm bijan hitam

Badam dan kuaci di bakar sebentar dalam oven pada suhu 160 C selama 5 minit
Satukan semua bahan dalam bekas
Gaul rata, hingga semuanya bersalut sempurna

Sediakan loyang 14x14 inc, alas loyang dengan kertas kek sahaja
Panaskan oven pada suhu 160C
Tuangkan adunan tadi dalam loyang dan ratakan nipis
Bakar dalam oven selama 10 minit
Sejurus keluar dari oven terus potong kepada kepingan
Simpan dalam bekas kedap udara.




tapi  malas nak buat, boleh terus order dengan kawan Ain Farahana ni hp dia 0176230203 atau 01993688852.







Nampak sedap.. kalau makan mesti lagi sedap kan..
heeee

Inshaallah lusa dapatlah biskut tu.. eee tak sabau nak rasa..
Nanti Cekti bagi komen yer..



0

Percutian ke Ao Nang Krabi Thailand-Bahagian 4

Posted by Unknown on 06:41
Hari terakhir di Thailand..
4 November 2013 Isnin.

Kami check out awal pagi kul 6.. kalau kat Malaysia, kul 7 lah kan..
Pihak hotel hantaq siap dah teloq scramble, sosej dengan roti..




Errr.. ni breakfast untuk hari kedua.. untuk hari ketiga , tak sempat amik sbb nak cepat..


P Songkla dlu,dapat tengok tengok duyung dengan patung ular.








Uiii punya lama nak jumpa patung duyung tu.. tanya org, bru lah jumpa.. alhamdulillah..

Jangan lupa, beli sikit cenderahati freezer magnet untuk kawan2..




Ni lah duyung tu..

Aww seksi..



Mother in-law.. heee






Pas dah habis kat sini dengan panas terik yaaa hamat hazab....p hatyai plak shopping kacang dengan baju.
Gambar tiada-

Last sekali sebelum sampai kat sempadan, kami makan kat Danok dlu.. apa lagi  pekena daging bakaq lah..
Untuk post bahagian ni, Cekti takda cter pasal lunch kan.. memang pn, kami tak lunch, super lapaq.. sbab payah jumpa kedai makanan muslim.. heee

Last sekali.. jangan lupa jaga diri bila di tempat orang..
Bagi yang tercari2 tempat nak jenjalan, sinilah antara tempat yg best dilawati..
Sedia saja duit RM1500 untuk pasport dan pakej kat sana..

Kap..Kap..Kap Kun Kap.. heheh

0

Percutian ke Ao Nang Krabi Thailand-Bahagian 3

Posted by Unknown on 05:00
Good Morning..
Semangat bangun awal 8.30 pagi siap dah nak p 4 Island..
Hari ke 3 di Krabi.. 3 NOV 2013 AHAD.
Kisah semalam masih segar diingatan, tapi disebabkan snorkeling BEST, kuberanikan diri jua..

Semalam naik Speed boat, harini Longtailboat ..
Masa ni tak tahu lagi tips tak perlu pakai jaket keselamatan dalam bot..






Sampai kita...
Ke Pulau yang bernama..................................................apa bang?
Poda Island.. Takde nama lain ke nak bagi..

Kami mandi lamaaaa gila kat situ.. dah lah kitaorg je bot ada kat situ..
Rasa macam laut tu kami yang punya..
Kuak lentang, kupu2 , bebas dan segala gaya boleh buat sebab tak da org nak tengok..
hheheh'

seterusnya kami p
........





                                                             
 TUP ISLAND yanggg





Ok... terus amik gambar..
hehehe

Next kita p Phranang Cave









Pas tengok gua ni, kami naik bot dan  jumpa ni.
.
.
.
.
.




Chicken Island.. tengok je boleh..

Lepas p island ni, g snorkeling rasanya.
Gambar dalam air ad, tapi tggu nnt Cekti upload lain na..

Oh ya.. lagi tips.. Kalau nak g snorkeling, beli siap2 roti masukkan dlam botol mineral..
Pa guna snorkeling, kalau tak nampak ikan kan?
nanti dalam air, tekan ja botol tu, nanti air masuk dalam botol, kuar lah roti dan keluarlah ikan2...

Yang best snorkeling ni, laut dia dalam, so macam kita ni pandai berenang lah kan, padahal pakai jaket keselamatan tu je kan..hehehe








Kami habis pusing dalam pkul 2..
lupa nak cerita.. kul 12t/hari masa kami mandi kat Poda Island tu, depa bagi dah makanan nasi goreng, dengan telo mata..

Cekti tak taw lah sama ada setiap pakej yang ada dalam Ao Nang ni ada sediakan macam pakej Guitar Hotel ni bagi ke tak.. kitaorang akan diberi air mineral sejuk kat atas bot dan dihidangkan dengan buah nenas dan tembikai.. sama ada naik longtail boat atau speedboat, memang akan dapat air dan buah..

Best kan?
Ceh macam promote je.. heheh

Alhamdulillah ujan renyai2 je petang tu..
Jadi pas mandi tukar baju, kami turun cari baju T-shirt Krabi..
Rata-rata baju depa jual harga 130baht.. korang jangan lah ingat murah ya..RM13.20 tw..
Masa Cekti beli, kitaorg berinteraksi guna kalkulator je..
Dia akan tanya : How much u want?
Cekti tekan lah 100baht.. dia kata no..no..
dia tekan 120..tapi Cekti tekan gak 100baht.. dia kata no..no...
pastu dia tekan 110baht.. so 110bahtx27baju=2970baht.. tapi dia bagi 2900..
Ikotkan mahal lagi tu.. kalau boleh tekan sampai 90 baht atau 100baht ya..
CUBA !

Pas dah habis shopping baju, kami p NIGHT MARKET KRABI plak..
Kami g dalam kul 6 camtu...dekat 30minit nak ke pasar ni..
ni pun adik ipar yg drive bawak sini.. kalau Cekti, memang sesat dah kot..
Tapi kat Ao Nang ad servis hntar ke Night Market naik Tuk-Tuk 25baht tak silap..

Tapi dah gelap sangat, sebab kalau kat Malaysia, dah pkul 7 ni..


Perhatikan gambar di bwah




Lagi tengok




Nampak tak rupa apa? monyet kan?

Dan wayar elektrik dia yang serabut...







Peraturan jalan raya kat sini kata adik ipar:

1.Penunggang motosikal tak pakai helmet.
2. Kalau eksiden, kenderaan besar akan bayar pada kenderaan kecik wpun kenderaan kecik salah..
3.Tiada istilah kenderaan laju belah kanan atau perlahan sebelah kiri..Boleh nak laju/perlahan belah mana pun..
4.Kenderaan Thailand mmg bawa kenderaan sangat bersopan dan berhemah !
5.walaupn ada roundboard, tapi takyah ikot pusing.. kita boleh terus p simpang tu..








 Ni pelancong dari India. Gelap sungguh ! huuuuu


 


Rindu Malaysia.. tetibe ada bendera Malaysia plak kat Niht Market ni..

Antara mkanan yang dijual ialah:








Erkk ni bukan makanan ya.. ni org ngah potong batu delima..



orang buat parang..



Cuba teka dia buat kuih apa ni.. ada kat Malaysia..
ia adalah kuihhhhhhhhhh





Ya !!! Apam balik . Beso nau.












Meh nak perkenalkan brader.
Eh apa nama brader? Lupa tanya.
Dia jual maknan halal..




Inilah yang dia jual..
Bebola fishcake+sayur kobis, lobak sagat+ sos plum.
Pedassssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssss gilah ok.
Org Thai memang makan pedas..
Tapi perutku tak boleh tahan itu pedas ya..





Dan lagi satu kami p..
Ikan jugak..
Tapi keropok lekor,,
Tapi dorg tak panggil keropok lekor, dorang panggil Fishball..
Em??








Tak sempat tnjuk gambar sebab en Suami dah habiskan dulu .. ishk2..



Tu kat tangan tu ngah pegang sotong bakar plak ai.. banyak makan ehh..



Last sekali , kami beli ya baju ni..

Ok.. bye 


0

Percutian ke Ao Nang Krabi Thailand-Bahagian 2

Posted by Unknown on 05:20
Elok je sampaii kat Ao Nang Krabi dalam pkul 5.30 waktu Malaysia .. kalau waktu Thailand awal sejam dari Malaysia.. tapi sama je pun, Thai bukak kedai kul 8, jam Malaysia kul 9 dah.. so sama je lah kan..





Hotel kedai pun tak bukak lagi masa ni.. so kitaorg jalan2 cari sarapan...dan kitaorg beli ni kat tepi jalan..

Ya, mestilah kami beli dengan muslimah bertudung.


Sedap kot ..Dah dapat sarapan, kitaorang  melilau2 cari hotel kat tepi pantai.. dan alhamdulillah dapat gak hotel ni Guitar Residence.. murah lah jugak hotel ni..Hotel tak perlu mahal, sebab kita nak berjalan satu hari suntuk.. kitaorang book 2 bilik.. 1 bilik untuk 2 orang dan 1 bilik lagi untuk 3 org.. 2700baht tak silap untuk 2 bilik ni 2hari 2 malam..

Dalam hotel ni ada :
  1.  Air condition
  2. Tv (yang rancangan dia sume bahasa depa.. boleh bayang cter hindustan cakap Siam?)
  3. Peti sejuk
  4. takde hot shower
  5. balkoni
  6. Wifi
  7. Tour pakage

Hotel tu jugak ada buat pakej untuk pusing Phi Phi island dan 4 island.. Senang kan.. 2 dalam 1..

Jom naik hotel..
untuk tukar baju dan sarapan lah..
sebab pasni kul 8.30 kan nak g mandi laut.. Yeay !!
Makan sikit je, tu pun hubby suapkan sebab masa ni perut dah memulas , mungkin sebab semalam makan nasi goreng tomyam kat Danok.








 







Kami amik dua2 twin bed room..

lebih kurang 8.50 camtu kitaorang siap2 dah tggu tourist guide kat depan hotel.. ada lah dalam 20 orang yang akan naik bot laju dengan kitaorang..


Nii kat depan Guitar Residence & La Venice On The Beach..(semputttt)
.. hotel dia dalam bangunan tepi jalan je..



Antara pakej yang ditawarkan...
Kami pilih Phi Phi Islands Tour (Hari pertama )dengan 4 Island Longtail boat(Hari Kedua).



Ni lah tempat Guitar hotel tu..


Ni owner hotel.. sempoi kan?




Pelancong dari Jepun..


Errr.. Pelancong dari Malaysia atau Indonesia ini?


Tengah2 tu  pelancong dari Sg Bakap, Penang.. hehehe


Kami dah sampai !!!

Kami ingat PhiPhi island ni satu pulau je.. rupanya ada 4 buah pulau ..


Pulau yang pertama.. Pa eh nama Pulau ni..Bamboo Island rasanya..



Viking Cave ni .. tak masuk pun , cuma boleh tengok dari jauh je..


Yang ni Sam(tourist guide) bagitau tempat sarang burung.. dijual kat China dengan harga 300USD semangkuk?????



Ni pantai kedua kami p.. nama diaaaaaaaa



 Yes pandai pun eja..MAYA BAY...


Eh interprem plak.. heheh


Bang, boolat peyot.. heheh


 Best !




 Fuh ! jatuh hati !!





Next pantai kami g Lohsamah Bay..Kami snorkeling disini..





Habis dah pantai....lapaq peot habaq hang...
pakej kami termasuk makan tau !!!

heeee

Disebabkan terlalu lapar, lupa nak amik gambar makann..
Oh ya, kami makan tengahari pkul 2 di PhiPhiDon ..

Kat sini.
.
.
.
.
.
.






Hospital.. nak bersalin kat sini , cubalah try test cuba.. 
heheh

Pas makan tu, kitaorg p snorkeling LAGI !!!!..Kat Hin Klang..




Maaf gambar takde sebab dalam kamera adik ipar..
Kamera dia waterproof..
So korang yg nak g sini, adalah tersangat baik , bagus dan bijak bawak kamera waterproof  ni..
dalam air aboleh amik gambar ikan, gambar korang menyelam pun boleh !!!

Nampak suasana cerah kan? tapi kusangka panas sampai ke petang, rupanya ujan ditengahhari..
Penat snorkeling, perjalanan balik tu, tiba2 bot laju ni benti..Periksa rupanya ada paip minyak terptus/tercabut camtu lah..
Tak lama pastu plak, tiba2 gerimis.. ok rilek lagi.. pastu makin lebat !!!!!
Tahu je lah kan bila ujan, laut gelora..
Bot rasa macam nak terbalik..
Masa ni mak mertua dah laung azan sendiri..
Risau masa ni mula teringat dosa pahala, mak abah kt kg..
Suami ada kat sebelah kan, so takde lah ingat kat suami..hehehhe
Cuma pegang tangan dia kuat2 dan adik ipar..

Alhamdulillah masih bernyawa..dan sempat berkongsi cerita tentang percutian di Krabi.. heheh

Oh ya, pesanan ni.. kalau dalam bot, tak perlu pakai jaket keselamatan..
Orang bot kata kalau bot terbalik, nnt kita terapung dalam bot tu, tak boleh nak keluar.
Jadi korang hanya perlu dakap/ pegang je jaket keselamatan tu..

Sambungan..
dalam gelora ombak laut tu, memang tak namapk darat dah..
nasib baik pemandu not tu ada GPS..dia daratkan kitaorang kat kawasan selamat bila berlaku Tsunami.
ap tah papantanda dia.. macam evacuation gitu..

Tapi masih dalam hujan lebat masa tu..
Tak habis2 dalam hati memanjatkan kesyukuran..
Kat kawasan tu, memang ada banyak Tuk-Tuk dan van yang volunteer bawa kami..
Kata suami, dorang ni agaknya ada persatuan kot untuk tggu kat kawasan ni bila ada ombak camni..

Alhamdulillah Ya Allah..

Bila dah jadi camni. mula lah dalam kepala ni  plan nak tukar pakej esok 4 island ke pakej  naik gajah..
Tapi kene tambah 300baht sorg..
errmmm takpelah..

Ok fine.. kami memang tak serik nak p laut lagi !!!!! hahahah

Malam takda aktiviti apa..
Makan kat kedai Islam..ada area situ..
Kuetiew ladna dia panggil ap ntah lupa, tapi 75baht..kira2 RM7.63 duit Malaysia
Untuk 5 orang makan, lebih kurang 400baht..Murah ke? mahai lah..tapi tu je plihan ada..
Balik sambung tengok tv dan tido..
Esok nak jalan 4 pulau..
Dan snorkeling !!

Sambung bahagian 3 nnt ya..






Copyright © 2009 Zurr Izaty Zolkepli All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.

Letakkan notis atau link anda disini

(X)