0

Powerbank brand PINENG

Posted by Unknown on 07:10
Assalamualaikum dan selamat sejahtera !!!
ada siapa yg berminat nak cari powerbank untuk hp sendiri??
jom lah mai pakat beli..
sekarang ni hp memang penting..bukan setakat untuk kecemasan,tapi untuk mengisi masa lapang dengan pelbagai aplikasi seperti game, zikir atau perdengar ayat suci Quran..
jadi kalu bosan tggu bini shopping, tggu nak redah jammed,boleh lah online tanpa pening kepala pikir bateri nak habis..hehehe
nant kalu nak, mesej kat facebook Zurr izaty zolkepli..
maaf Cekti takda wechat/ whatsapp sbb pening banyak sgt benda nk kene bukak..hehehe

0

Hilangkan sedu

Posted by Unknown on 02:56
Assalamualaikum... hari ni Rabu 23 Okt 2013.. ujan petang2 ni..tapi tak leh tido sebab tak sabar nak cerita pasal sedu ni..

Cekti penah alami sedu ni.. selalu masa makan lah..tapi pastu pas minum air segelas dua, terus hilang lah..no prob..tapi bila suami plak yang kene, rasa kesian lak.. berhari2 baru nak hilang sedu tu..waktu tidur takde sedu..masa naik motor pn tak de sedu..tapi kalu duk rilek je, sedu bersambung.. heheh org tua2 kata kalu sedu ni sebab nak jadi  lebih tinggi/besar.. errrkkk betul ke? heheh so bila dah kesian/risau ni,pepagi google lah apa punca dan cara nak atasi sedu ni.. jom tengok.

Antara punca tersedu yang mungkin dialami :
  1. Menelan terlalu banyak udara.
  2. Makan laju.
  3. Berasa terlalu bimbang atau terlalu teruja

Banyak cara nak hilangkan sedu, antaranya :
   1.Tarik dan tahan nafas selama 10saat ..lepas tu terus minum/telan air suam/madu atau satu sudu gula...dah cuba yang ni, tapi sedu suami masih tak ok lagi.. 

   2. Nenek Cekti cakap, nak hilangkan sedu, tarik cuping telinga.. hahahah yang ni macam tak sampai hati   plak nak tarik telinga suami.

   3. Picit hidung, tutup mulut dan hembus udara dari paru2 sekuat hati.

   4.Jumpa doktor. ada ubat nya. hehehe




0

Santai Matlutfi

Posted by Unknown on 23:59
Selamat Hari Ahad !!!!!

suka tengok video Matlutfi ni..
Jom layan..



Sebenarnya maleh nak taip entri..weeeeee

0

Rumah P.Ramle

Posted by Unknown on 20:11
See.tajuk entri macam nak buat surat rasmi lawatan sambil belajar.. hampir semua tempat Cekti p adalah berunsurkan ilmiah. kan ? heheh


 bersama anak saudara : shahrul dan mawi



































 ok tu je sempat Cekti kongsikan.. kalau nak tengok lagi, cubalah p umah ni kat Pulau Pinang ya..

0

Mee Udang Warung Makteh

Posted by Unknown on 20:02
Disebabkan Cekti dah jadi orang Penang, habaq hang..haruslah pergi ke tempat pelancongan di sekitar Penang dan Kedah ok.



Bukan ni kedai nye.. saja nak tunjuk moto besaq ni.. geram dengar bunyik ekzos moto dia yg seksi tewww..



jeng jeng jeng ni lah kedainya..



macam biasa 360 kak tonn.



see !!!! udang besaqqqq..mertua dah tak pandang menantu.. heheh


RM 10 ya..


sedappppppp.



terliuq tak





burppppp...alhamdulillah..


0

Waktu dan Cara Menunaikan Solat Sunat Hari Raya Aidiladha

Posted by Unknown on 19:35


Assalamualaikum..

Ya, Selamat Hari Raya Aidiladha untuk kamu .
Tahun ni beraya di P.Pinang bersama ibu mertua kesayangan Pn Habibah Mydin.

Allahuakbar ! Allahuakbar ! disunatkan sentiasa bertakbir dan bertasbih... Solat sunat ni agak mudah kalu dilakukan bersama imam sebab makmum takyah susah nk kira 'dah bpe kali tasbih dan takbir ak baca tadi eh '.. hahaha

oh ya..selalunya solat sunat ni didirikan pada jam 8 @ 8.30 pagi.. sekitar jam itu lah.. setiap tempat berbeza ya..kalu nak kepastian, silalah tanya pada ajk masjid rumah anda..

Cara menunaikan solat sunat hari raya aidiladha:

(1) Takbiratul ihram /Niat solat:

Lafaz niat: "Sahaja aku solat sunat Aidil adha dua rakaat makmum kerana Allah Taala" (jika ikut imam).

Niat dalam hati tu berbeza dari lafaz niat..niat dalam hati tidak berbunyi tidak berhuruf  .. nak lebih mudah faham , niat tu maksudnya kita tahu dah nak buat apa .. macam kita dah tahu keluar rumah ni nak p masjid semayang sunat .. senang kan..niat dah lah tu..

(2) Membaca doa iftitah.

(3) Kemudian takbir 7 kali sambil mengangkat tangan yang diselang selikan dengan tasbih sebanyak 6 kali.

(4) Membaca fatihah dan surah al-Akla.

(5) Rukuk , iktidal , sujud dan duduk antara dua sujud seperti biasa.

(6) Rakaat kedua takbir 5 kali  sambil mengangkat tangan yang diselang selikan dengan tasbih 4 kali.

(7) Membaca fatihah dan surah al-dhuha.

(8) Rukuk , iktidal , sujud dan duduk antara dua sujud seperti biasa.

(9) Memberi salam.

(10) Disunatkan takbir dan doa,

(11) Membaca dua Khutbah. (sekiranya bersolat secara berjamaah)



*Bacaan surah al.Akla dan al.Ghasyiyah boleh diganti dengan surah lain, sekiranya tidak menghafaz ayat tersebut.

*imam akan briefing nak buat apa nak buat apa dalam solat kalu anda tak faham ok.

ok..much love.

0

Rancangan Pengajaran Prasekolah

Posted by Unknown on 02:41
Sekarang ngah ujan di rumah Cekti di Penang. cejuk.

Tapiiiii..kene buat rancangan mengajar jugak untuk kelas tadika Cekti..huhuhu sebenarnya malas nak cari apa dia KBKK,ABM,Nilai Murni tu untuk setiap langkah pengajaran..jadi Cekti ni pn gugel kat sini untuk cari bahan2 rancangan mengajar bagi BM,BI,Matematik dan Dunia Sains dan Teknologi..

Tq mucho to Bahagian Kurikulum Pembangunan Pendidikan www.moe.gov.my dan Cikgu Sham..

1.English
2.Matematik
3.Pendidikan Islam
4.Bahasa Cina
5.Dunia Sains dan Teknologi



Nanti hapdaet pasal Cekti g tengok KL Gangster 2 eh..
Bye. sambung buat rancangan mengajar 2mukasurat x 12waktu x 14 hari = Tension.

0

Lagu Tanya Sama itu Hud-hud..

Posted by Unknown on 00:25

Cekti suka tulis apa yang Cekti nak tahu, pernah dengar,pernah alami dan pernah mencuba...Bukan  baca dari blog ke blog dan tulis..Kali ni Cekti nak cter apa yang Cekti dengar...Bila Cekti buka radio dalam kereta nak p sekolah kelmarin, terdengar lagu ni..Tanya sama itu Hud-hud...dan Cekti kenal penyanyi dan penulis lirik lagu ni, M.Nasir.. ada datuk tak eh..lupa dah..tapi Cekti suka nak tahu apakah maksud setiap nombor yang dinyanyikan beliau. kredit kepada  blogger open minda sebab ada info ni..Jom kita tengok ok..
 **Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan
Yang sampai hanya satu jalan
Ribu-ribu Margasatua
Mencari raja si Muraq
Yang sampai hanya tiga puluh
tiga puluh
Uuh... Sang Algojo
Uuh... nanti dulu
Lihat dunia dari mata burung
Atau lihat dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih
Dalam kalut ada peraturan
Peraturan cipta kekalutan
Di mana pula kau berdiri
Di sini
Uuh... Sang Algojo
Uuh... nanti dulu
Berikan ku kesempatan akhir ini
Untuk menyatakan kalimah sebenar
Berikan ku kesempatan akhir ini
Lai lai la lai lai lai lai
"Tanya sama itu hud-hud
Lang mensilang
Kui mengsikui
Kerana dia yang terbangkan aku ke mari"
"Tanya sama itu hud-hud
Lang mensilang
Kui mengsikui
Kerana dia yang terbangkan aku ke mari"
Uuh... Sang Algojo
Uuh... nanti dulu
Ulang **

Lai lai lai lai lai lai lai lai lai
lai lai lai lai lai lai lai lai lai
Lai lai lai lai lai lai lai lai lai
lai lai lai lai lai lai lai lai lai
Lai lai lai lai lai lai lai lai lai
lai lai lai lai lai lai lai lai lai
lai lai lai lai lai.......
 
Tujuh puluh tiga pintu 
Tujuh puluh tiga jalan
 Rasulullah pernah bersabda bahawa ....
 
Ketahuilah bahawa orang-orang sebelum kamu daripada Ahli Kitab telah berpecah kepada tujuh puluh dua kumpulan, dan sesungguhnya kumpulan ini (umat Islam) akan berpecah kepada tujuh puluh tiga (kumpulan), tujuh puluh dua daripadanya akan masuk neraka dan hanya satu daripadanya akan masuk syurga, iaitu al-Jamaah. (lihat Sunan Abu Daud no 4429).
 
Yang sampai hanya satu jalan 
bermaksud yang selamat. Hanya ada satu jalan untuk selamat iaitu dengan mengikuti sunnah Rasulullah dan para sahabat. Agak-agaknya la kan, kita ni mengikut sunnah baginda tak?
 
Beribu-ribu Margasatua
Mencari raja si Muraq
Yang sampai hanya tiga puluh
 
Rangkap ini diekstrak daripada syair Parsi - Musyawarah Burung (Mantiq Al-Tayr) tulisan Farid ud-Din Attar. Dalam syair tersebut, beribu-ribu burung terbang untuk mencari raja mereka, Simurgh. Daripada beribu-ribu burung tadi, hanya tiga puluh yang berjaya. Simurgh juga bermaksud 30. Kejayaan mereka membolehkan mereka sampai kepada tahap mengenali sang raja. Bukan mudah untuk sampai ke tahap tersebut kerana mereka perlu menghadapi 7 lembah. Sebenarnya, perjalanan burung-burung ini adalah perjalanan penulis syair tersebut dalam mencari makna dan hakikat hidup. Raja yang ditemui adalah diri mereka sendiri.


Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu
Algojo itu adalah orang yang ditugaskan mencabut nyawa. Kalau di penjara, beliau mungkin orang yang memegang butang yang menjadi pemegang lantai di bawah tali gantung. Tapi hakikat sebenar, yang ditugaskan mengambil nyawa itu adalah malaikat maut. Andainya dia tiba dan mahu menjalankan tugas, boleh tak kita nak kata kat dia, "Oohhh nanti dulu!"?
 
Lihat dunia dari mata burung
Atau lihat dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih
 
Dua rangkap yang atas tu jelas dan terang, menyuruh kita berfikir antara melihat dari mata burung,with an open mind dan berpandangan jauh atau sekadar mahu melihat seperti katak di bawah tempurung. Hanya melihat tempurung dan diri sendiri. Itupun kalau ada cahaya. Kalau tak ada? Gelap gelitalah jawabnya. Maka, pilihlah dengan akal dan iman yang dianugerahkan.
 
Dalam kalut ada peraturan
Peraturan mencipta kekalutan
Di mana pula kau berdiri
Di sini
 
"Singkap kembali sejarah Rasullullah membawa cahaya pada Zaman Jahiliah. Rasullullah mengajarkan Islam pada masyarakat yang jahil. Maka dalam keadaan jahil itu wujudlah satu sistem yang sempurna. Namun dunia kini sudah jauh berubah, sistem yang sempurna itu sudah tidak diguna pakai. Tempatnya diambil alih oleh undang-undang ciptaan manusia sendiri yang terlalu banyak kekurangan, terkadang itu banyak kontroversi berlaku dan kita berada DI SINI!"
 
Semasa kekalutan jahiliyah, peraturan Islam yang dibawa oleh Rasulullah mengubah keadaan masyarakat. Namun setelah peraturan tersebut diubah-ubah, ia mengundang kekalutan. Dan di mana kita berada? Di sini, di dunia yang penuh kalut ini.
 
Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu
Berikan ku kesempatan akhir ini
Untuk menyatakan kalimah/kisah sebenarnya
Berikan aku kesempatan akhir ini
Lai lai la lai la lai
 
Boleh tak merayu di saat akhir kehidupan. Waktu itu baru nak bertaubat, baru nak merayu, baru nak bersaksi dengan kalimah kebenaran (syahadah)? Baru nak kata, yang kita bersaksi sebenar-benar Tuhan hanyalah Allah. Sempat tak?
 
Tanya sama itu hud-hud
Lang mensilang
Kui mengsikui
Kerana dia yang terbangkan ku ke mari
 
Yang ni, kena baca kisah  Musyawarah Burung . Nampak macam ilmu Tarikat-->Makrifah kan..
 
 
Wallahualam..

Copyright © 2009 Zurr Izaty Zolkepli All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.

Letakkan notis atau link anda disini

(X)