0

Deko Tadika

Posted by Unknown on 05:58
Malas nak taip buat entri harini,so Cekti bagi link camne org obersee hias kelas dorang ya..







0

Pokok Bunga Manik

Posted by Unknown on 05:12
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. erkkkk..skema.. ok.

Sebelum kahwin, Cekti memang selalu ikut family kemana sahaja.. 
Sampai mak Cekti , kalau nak keluar g kenduri dengan abah, dah warning siap2...TAK BOLEH IKOT.. ! padahal kan bagus kan anak dara ikot mak abah g kenduri, leh kenal sedara, kawan, jiran tetangga... mungkin mak Cekti takot anak dia lawa lebih dari dirinya  ... LOLS.. Tapi bila dah duk kat Penang ni, dah tak leh nak ikot event kat Tg Karang selalu. Hari ni pn kak Cekti buat majlis akikah anak dia, Cekti tak dapat attend..hmmm...

ok, 3 bulan lepas, Cekti dapat hadiah dari adik ipar Cekti berupa pokok manik yg kiut miut.baru tahu makcik hubby Cekti ni pandai buat pokok manik dan dia pass kan kat adik ipar untuk bagi kat Cekti dan hubby.... hmm lawa lah jugak..dah tu, bila terkenan, try lah tanya harga berapa untuk 1 pokok manik.. rupanya mahal lah jugak..lebih dari RM 50.. bila difikirkan semula, macam boleh buat sendiri je kan.. Ceh sebab nak jimat, sanggup belaja tw dari youtube dan blog.. maklumlah, Cekti kan penganggur masa tu.. nak buat ap kan.. so belajar lah buat manik tu... Bila dah jumpa pokok manik yang terkenan, iaitu pokok anggur, cekti sedaya upaya masa puasa haritu g Bandar Perda naik motor ..pehhh penat sangat... tapi berbaloi lah semua barang ada kat situ..1 stop centre.. heheh

Cabaran bermula bila nak start buat buah anggur tu..entah bape kali beli manik, beli dawai..haihhh nasib baik pastu jadi..dapatlah 6 buah anggur yang masak ranum..heheh jap lagi Cekti tunjuk eh. Nak cerita nye bukan senang nak buat pokok ni..dekat sebulan buat sbb tiap kali buat tak menjadi, tension,campak atas meja.. hahah pastu selang dua tiga hari baru sambung buat..mana lah tak sampai sebulan kann..

Selalu Cekti refer blog ni untuk buat manik ;blog manik .








pokok anggur ni je yang baru tahu buat.. kalau nak order pokok ni, leh lah mesej kat facebook.Zurr Izaty Zolkepli.. tq.. harga ni Rm 80..







0

Resipi Ayam Penyet

Posted by Unknown on 04:58
Semalam g umah Paksu hubby di Kulim...Paksu cerita tentang kehebatan orang Jawa di Indonesia..terus harini gugel carik resipi ayam penyet Jawa. motip? cakap jawa pun pelat Jerman dah Cekti ni ha.. hehehe

Resipi Cekti ni takde sayur, dan tempe sebab tak makan sangat pun..Jom tengok resipi nya..

Memula nak buat, kita buat sup,pastu nasi,pastu ayam ok.

Sup
  •  Ayam 6 ketul
  • Air (sup dan nasi)
  • Sup bunjut
  • Daun sup
  • Daun bawang
  • Halia 
  • Lada putih
  • 1 biji Bawang sederhana besar
  • Bunga lawang
  • kayu manis

1.Masukkan ayam bersama air dan halia.
2.Pas 10 minit, keluarkan ayam dan biar sup atas api. di atas kuali lain, tumis bunga lawang , kayu manis, bawang besar yang ditumbuk dengan lada putih sehingga naik bau dan masukkan dalam sup.Kacau dan matikan api .Ketepikan.

Ayam rempah
  • Jintan manis
  • Jintan putih
  • ketumbar
  • bawang merah
  • bawang putih
  • Sedikit tepung beras 

1.Tumbuk semua, gaul kan kat ayam dan perap jap sebelum goreng. Tabur sikit tepung beras.Sikit je jangan bebanyak.

sambal
  • Cili merah
  • Cili api
  • bawang besar
  • ikan bilis
  • tomato 
  • Belacan
  • Limau nipis
1. Goreng cili merah,cili api,tomato dan ikan bilis dan pastu tumbuk sekali dengan belacan dan bawang besar.
2.Pastu tumis dengan sedikit minyak.Letak dalam mangkuk, perah limau nipis.wangi.



Sup ayam



Ayam rempah



Nasi Ayam





Sambal



Alhamdulillah..hubby kata sedap sampai bertambah nasi.. ke sebab lapar bang? heheh

0

Iklan Jawatan Kosong September 2013

Posted by Unknown on 00:16
Assalamualaikum.. hari ni mood nak promote pasal jawatan kosong yang boleh dipohon sehingga hujung September ni.. emm harini pn dah 28 hb kan.. jom cepat2 tengok kat bawah ni..


1. PERKESO di MELAKA

1. Pengarah Pusat Rehabilitasi
2. Timbalan Pengarah
3. Pegawai Perubatan
4. Pegawai Psikologi
5. Pengurus Kes
6. Akauntan
7. Pegawai Pengurusan
8. Pembantu Perubatan
9. Jururawat
10. Pegawai Jurupulih Kerja
11. Pegawai Jurupulih Anggota
12. Dietetik
13. Optometris
14. Audiologis
15. Ahli Pertuturan
16. Pegawai Teknologi Maklumat
17. Pegawai Pelatih Kemahiran
18. Penolong Akauntan
19. Pegawai Eksekutif
20. Pegawai Kerani
21. Warden
22. Pembantu Akauntan
23. Pegawai Pembantu Khidmat Pelanggan
24. Penolong Jurupulih
25. Pemandu
26. Pembantu Am Pejabat

mohon online rehab.perkeso.gov.my sebelum 11 Oktober 2013

2. Institut Pendidikan Neo (iNED) , Universiti Teknologi MARA, Shah Alam.
1. Kerani
2. Pegawai Khidmat Pelanggan
3. Juruteknik komputer

muat turun dari website: www.ined.uitm.edu.my sebelum 10 oktober 2013 

3. KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA.
1. Arkitek Gred J41
2. Jurutera Awam J41
3. Penolong Pegawai Senibina
4. Penolong Jurutera Awam

Cara memohon: Permohonan hendaklah mengemukakan resume dan dokumen seperti di bawah kepada Seksyen Khidmat Pengurusan, Bahagian Pembangunan Pelajaran, KPM
  • Salinan Kad Pengenalan;
  • Salinan sijil-sijil;
  • Salinan Diploma atau Ijazah;
  • Lain-lain dokumen; dan
  • Sekeping gambar berukuran passport (tidak akan dikembalikan)
Tarikh tutup 3 Oktober 2013

4.Dewan Bahasa dan Pustaka 

1. Penolong Pegawai Tadbir

Tarikh tutup permohonan pada 10 Oktober 2013

Borang permohonan boleh diambil disini www.dbp.gov.my  hendaklah dikemukakan kepada:

KETUA PENGARAH,
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA,
PETI SURAT 10803,
50926 KUALA LUMPUR.
(u.p.: Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)

Pemohon yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk menghadiri temu duga. Pemohon yang tidak menerima jawapan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup permohonan ini dianggap TIDAK BERJAYA

 5. SIRIM Berhad

1.  Technician

Interested candidates are invited to submit details of personal particulars, a summary of qualifications, expected salary, contact telephone numbers with a recent passport sized photograph via mail or may apply on-line via our website http://www.sirim.my latest by 4th October 2013 to:

Human Resource Department
SIRIM Standards Technology Sdn Bhd
(formerly known as Sime-SIRIM Technologies Sdn Bhd)
Kompleks Sime Darby
Persiaran Kewajipan
47600 Subang Jaya
Selangor Darul Ehsan.

6.Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) merupakan koperasi yang berwibawa, berdaya maju dan terkenal di kalangan Koperasi di Malaysia Bergiat aktif dalam pengurusan terutamanya perladangan kelapa sawit. KOSMA ingin mempelawa kepada anggota, anak-anak anggota dan warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Sokongan (Pelaksana) di syarikat kami :
1. EKSEKUTIF TELNOLOGI MAKLUMAT
2. PEMBANTU EKSEKUTIF TEKNOLOGI MAKLUMAT
3. PEGAWAI OPERASI AR-RAHNU
4. KERANI AR-RAHNU
5. PEMBANTU AM PEJABAT/DESPATCH CUM OFFICE BOY
6. PENYELIA LADANG

Calon-calon yang berminat diminta menghantar permohonan dengan menyertakan resume, salinan kad pengenalan, sijil-sijil & transkrip akademik yang disahkan, gambar berukuran passport dan mengisi Borang Permohonan Jawatan Kosong yang boleh didapati di pejabat Koperasi Serbausaha Makmur Berhad atau dicetak di laman web www.kosma.com.my dialamatkan kepada:

Pengurus Besar
Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA)
B8032, Sri Kuantan Square, Jalan Teluk Sisek
25000 Kuantan, Pahang Darul Makmur
(U/P: Pentadbiran Sumber Manusia)
Tel: 09-5177977 / 09-5177980 Fax: 09-5137190 / 09-5162116

Tarikh tutup 30 September 2013 


7. Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi jawatan Tetap/Kontrak di UiTM (Perak), Kampus Tapah Fasa 2/Kampus Sri Iskandar.
1. Pegawai Tadbir
2. Pustakawan
3. Pegawai Psikologi
4. Pegawai Kesatria
5. Pegawai Perubatan
6. Penolong Pegawai Sains
7. Penolong Pegawai Tadbir
8. Penolong Pegawai Kesatria
9. Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam
10. Penolong Pegawai Perubatan
11. Jururawat
12. Penolong Pegawai Farmasi
13. Juruteknik Komputer
14. Setiausaha Pejabat / Pembantu Setiausaha Pejabat
15. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
16. Pegawai Khidmat Pelanggan
17. Pembantu Pemuliharaan
18. Pembantu Perpustakaan
19. Pembantu Kesatria
20. Pengawal Keselamatan
21. Pembantu Perawatan Kesihatan
22. Pembantu Am Pejabat

Borang dan syarat-syarat permohonan boleh diperoleh dengan melayari laman sesawang UiTM (Perak) di http://www.perak.uitm.edu.my atau boleh diperoleh di Bahagian Pentadbiran, Universiti Teknologi MARA (Perak), Kampus Sri Iskandar.

Tarikh tutup 7 Oktober 2013

8.Unit Keselamatan Negeri, Jabatan Ketua Menteri mempelawa pemohon warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan, yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat pelantikan bagi mengisi kekosongan untuk jawatan-jawatan seperti berikut:-
1 Pengawal Keselamatan

Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.

Pemohon yang telah mendaftar tetapi tidak memohon jawatan kosong yang disenaraikan boleh mengemaskini permohonan jawatan melalui akaun e-recruitment masing-masing. Bagi mereka yang belum mendaftar dan berminat memohon jawatan kosong yang diiklankan, perlu terlebih dahulu mengemukakan pendaftaran yang lengkap secara atas talian melalui laman web ini.

Sila rujuk SYARAT DAN CARA MEMOHON, PANDUAN PEMOHON dan SENARAI JAWATAN sebelum mengemukakan permohonan jawatan kosong dan pastikan semua maklumat diisi dengan lengkap dalam akaun e-recruitment.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pegawai dari Unit Keselamatan Negeri, Jabatan Ketua Menteri, Encik Julkepli bin Net di talian 082-319000.

Tarikh tutup permohonan (replika data) : 27 September 2013


::Sebenarnya banyakkk lagi jawatan kosong yang ada.. nak tengok banyak lagi, klik kat sini ya..www.informasikerjaya.com... Selamat Bekerjaya...

0

Quotes : Mak Segalanya.

Posted by Unknown on 06:50


" Jika mak adalah ibu mertua mu, hormatilah, dan sanjungilah dia...
  Jika mak adalah ibu kandung mu, hormatilah dan sanjungilah dia.."

Cerita apa, hanya perlu dilupakan...jangan disimpan...tidak perlu diadukan..
Mak adalah penawar dan pengubat segala duka...
Anak lelaki hormatnya pada ibu...anak perempuan taatnya pada suami..

Jika mahu menjadi isteri mithali taatnya dua;pada ibu mertuanya dan suami selepas 
Allah dan RasulNya.

Ingat,
     
           " Jika mak adalah ibu mertua mu, hormatilah, dan sanjungilah dia...
             Jika mak adalah ibu kandung mu, hormatilah dan sanjungilah dia.."



0

Guru Tadika

Posted by Unknown on 07:52
Assalamualaikum..

".....jaga budak kecik 4-6 tahun bukan kerja mudah..Patutlah ramai budak sekarang asyik kena dera dengan pengasuh...pengasuh yang tidak sabar...disinilah Cekti belajar sikap sabar dan menguasai bahasa inggeris mudah.. anak-anak disini diajar supaya sentiasa berkomunikasi dalam bahasa inggeris sepenuhnya..."

"....tanggungjawab Cekti untuk mengajar anak Muslim membaca doa kerana kebanyakan anak-anak disitu beragama selain Islam...."

Ini adalah beberapa orang murid Cekti dan semua boleh berkomunikasi bi dengan baik..


 Hemasharini
banyak cakap 
 Pallavi

Joo Yen
sangat pandai dan banyak cakap


Vaissenavee
Perlu sabar mengajar


rashwinda
sangat2 pandai sbb dah darjah 3.

0

Berjalan di Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong

Posted by Unknown on 07:41
Assalamualaikum.. sekarang rutin harian dah berubah..sebab Cekti dah start kerja di tadika pada 18 September lepas..bangun kul 6 , siap semua kul 7 p dah kerja.. kalau ikotkan 15 minit je dari rumah, saja datang awal..heheh


Ni lah antara rupa kolam air panas tu... ni suam2 je.. ada lagi panas tu, siap berlumut, tapi takda sampai melecur, cuma tak tahan rendam lama..

Gerak dalam kul 6 dan sampai pkul 8 malam.. kami makan dlu dan sambung perjalanan, kira-kira jam 9 kami sampai, tukar baju dan terjunnnnn ! 

Heheh menyelam 2 3 kali je, pastu dah taknak.. bila mandi kat air panas ni, oksigen kurang, badan pn berpeluh jadi cepat penat.. balik tu pas tukar baju, masuk kereta je terus poop tido.. tak teman hubby driving pn.. heheh maaf ya..


Untuk warga emas RM4..

 Untuk Cekti dan hubby RM6..




 dah separuh badan basah..sebelum menyelam.. heheh


yang ni paling panas..tengok macam geli kan.. heheh




Tentunya, Cekti dan hubby.
 Mak mertua dengan kawannya, Cik Jemah..



Nampak tak tu, berwapppp...ni kolam yg kedua terpanas..Mak mertua pn pening rendam lama..


owh ya.. Cekti berhutang nak cerita pasal mee udang kuala gula dan zoo taiping.. nanti Cekti ceritakan ya..

Wassalam..

0

Cerita Konvo Upsi yang ke 15

Posted by Unknown on 05:52
Huhuk assalamualaikum...nak start menulis ni lahh paling malas...hahaha tapi bila dah start, tak mau dah berhenti..

Firstly, thank to Allah... sebab dah beri keizinan pada Cekti untuk menghabiskan masa 4 tahun di UPSI dalam bidang pendidikan matematik . Nak tahu apa yang Cekti belajar? ada Cekti kongsikan di disini..


Cekti konvo pada 10 September .. Cekti adalah sidang yang pertama,Tuanku Zara yang akan menyampaikan skrol.. Subhanallah, sungguh cantik, Allah yang maha menjadikan beliau..



UPSI terletak di Tg Malim , Perak. Kalau dari rumah Cekti Tg Karang hanya kira-kira sejam untuk sampai.. Jadi dikesempatan ini, Cekti setelkan pasal kad nikah dan amik jubah konvo sekali pada hari khamis 5 September.. Cekti balik sorang je, naik bas..Suami Cekti balik Tg Karang hari Isnin pagi 9 hb September... tengok, banyak betul tarikh kan.. heheh maklumlah, cikgu matematik kan...

Gembira sangat sebab adik beradik semua ada.. terima kasih.. (mengalir air mata ;')..... lap..lap...) ...Teringin gak nak belanja makan ,beli ikan besar besar ke ketam ke, udang ke kan.. tapi abah Cekti dah terlebih dahulu offer belanja makan di luar.. heheh alhamdulillah.. Tq abah..love u much !!

Esok hari, pagi lagi dah bangun..sebab kene daftar di UPSI jam 7.30 pagi..Cekti p dgn hubby, family lain datang lambat sikit sbb nak siapkan anak2 yg lain..

Jom layan gambar Cekti konvo ya..

 
Tunku Zara...

 

Ni je gambar kami berlima bff sempat diambil..



Diluar dewan, hubby yang pakaikan baju dan selempang.. bukan bagi lempang k..

ya Allah punyalah nak tahan mata bagi terbukak, takot nant cameraman tertangkap gambar dalam keadaan mata tertutupp..heheh


Ni gambar luar studio pulak..

Duduk lantai dari kiri: Ecah,Adam(Farhan),Fikri(Mok).

Duduk tengah dari kiri:Cekti,nenek,mak,abah,hubby.

Berdiri dari kiri:Khai(adik no 5),epah(ipar),baby haziq,kak lela(ipar),along(abang no 1),kak iza(kakak no 2) ,baby amanda ,
alang (abang no 3).

Tiada dalam gambar: Abang Ijan(ipar) dan hawa (dia ada duduk kat tepi bangku ni,menangis tak tau knapa taknak amik gambar sekali)

Abah pegangkan bunga ye..heheh



Tq abang..


Officially graduated !




Dapat 3 jambak bunga.. dari kiri, Kak Iza, Hubby dan MakAbah..



Ambil gambar sebelum semua layuuuu...



 Hubby..suka ekkk



My big family !

Owh ya..lupa nak cerita.. ni kami mandi di Kalumpang selepas habis sesi bergambar..Seronokkkk.. sbb dah lama tak mandi air terjun kan..

Ok, tu jerlah cerita pasal konvo ye.. Its my 1st experience ever..Inshaallah hubby pula akan konvo nanti..

wassalam.







Copyright © 2009 Zurr Izaty Zolkepli All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.

Letakkan notis atau link anda disini

(X)