0

Resepi Masakan I

Posted by Unknown on 22:41




Assalamualaikum .. ok dah 1bulan 10 hari duk dekat rumah mertua.. jadi pelbagai jenis masakan dah Cekti pelajari dan praktikkan ..huhu jom tengok senarai menu masakan yang mertua Cekti ajar..

1.Laksa Penang
2.Daging tumis
3.Ikan masak lemak cili api
4.Labu air masak air
5.Sambal udang dengan petai
6.Bubur nasi
7.Ayam masak merah
8.Kari ikan
9.Nasi goreng cili kering

Resipi 1: Laksa Penang

Bahan-bahannya

8-10 tangkai cili kering
3 biji bawang besar
sedikit belacan
10 ekor ikan kembung/termenung
1 paket mee laksa kering cap cili
sedikit daun kesum
2 kuntum bunga kantan- dibelah 4@2
4 keping asam gelugor
 sedikit halia(buh je seketul cmtu)

Bahan Sampingan

timun
hirisan bawang besar

Cara-caranya

1. Gunting cili kering rendam lama bagi lembt dan kemudian kisar bersama bawang besar dan belacan dan ketepikan.


2. Rebus ikan termenung yang dipotong beberapa bahagian bersama sedikit garam ....setelah ikan masak, angkat ikan dan toskan, asingkan isi ikan dan tulangnya, air rebusan ikan tadi  boleh dijadikan stok kuah laksa... tulang ikan tadi dikisar dengan sedikit air, tapis dan curahkan kembali ke dalam air rebusan ikan tadi.

3. Isi ikan separuh diblender halus dan separuh lagi dihancurkan menggunakan sudu dan dimasukkan kembali dalam air rebusan ikan tadi, curah bahan kisar, 2 keping asam gelugor dan bunga kantan, biarkan mendidih seketika,  selepas itu masukkan daun kesum dan sesuaikan rasa, masukkan garam dan ajinomoto. Biarkan kuah mendidih dan masak kuah laksa sehingga terbit minyak baru tutup api.

4. Jika guna laksa kering tu, rendam semalaman atau lebih dari 6 jam supaya mee boleh kembang secara maksima....dan rebus seperti biasa. Mee kering direbus dan toskan, sediakan bahan sampingan yang lain. racik timun,bawang besar.. Sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.


Resipi 2.Daging tumis

 Bahan-bahannya


 1/2 kg daging

1 sudu kecil kunyit
sedikit garam
1 ruas jari halia
1 labu bawang
5 btg cili api

Cara-caranya

1.Tumbuk halia, bawang, dan cili.Ketepikan.
2.Rebus daging dengan kunyit sehingga empuk dan air rebusan kering.tak perlu keluarkan daging, biar je dalam kuali, pastu letak minyak ,tumis bahan yang ditumbuk tadi
4. dah siap..


Resipi 3.Ikan masak lemak cili api

Bahan-bahannya

 4 ekor ikan termenung/kembung

1 btg serai diketuk
3 btg cili padi
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 helai daun kunyit
1/2 ruas jari halia
2 keping asam keping
1 mangkuk santan pekat
1 mangkuk santan cair

Cara-caranya

1. Kisar halia,bawang,cili, halia.. ketepikan
2.Panaskan periuk dambil masukkan santan cair dan bahan kisar serta serai dan asam keping.
3. Biar mendidih masukkan ikan..kecilkan api.
4.agak2 dalam 5 minit pastu masukkan santan pekat dan garam.
5. Siap.

Resepi 4.Labu air masak air

Bahan-bahannya
 1/2  biji labu air
1/2 biji bawang besar (potong wedges)
2btg cili api
sedikit belacan.
1 mangkuk air

Cara-caranya

1.Tuang sedikit sahaja  minyak dan tumiskan bawang .bawang tu gak layu je, jangan sampai macam nak goreng bawang.
2. Tumbuk cili dengan belacan..ketepikann.
3.masukkan air dengan bahan yg ditumbuk..biar mendidih,masukkan labu air.. masukkn garam.
4. dah boleh hidang.


Resipi 5.Sambal udang dengan petai

Bahan-bahannya

 3 papan petai.(kerik bahagian luar bagi hilang getah)

10 ekor udang besar
8 tangkai cili kering(gunting dan rendam)
1 labu bawang besar
sedikit belacan
3 sudu air asam jawa
sedikit gula
sedikit garam

Cara-caranya

 1.Kisar bawang,cili kering dgn belacan. tumiskan dengan air asam jawa

2.selepas naik minyak,msukkan petai dan kacau sampai mendidih.
3.masukkan udang ,pastu baru masukkan gula dengan garam.Hanya bahan sambal je Cekti masuk kan gula..kalau masakan macam masak lemak takyah buh gula..
4.ok.. dah siap.

Resipi 6.Bubur nasi

Bahan-bahannya
 1/2 pot beras.
10 biji lada hitam
1 batang serai
sedikit halia
1/2 cawan santan
3 helai daun bawang
sedikit udang

Cara-caranya

1. Masak beras dengan air yang banyak(contoh sukat air dengan 2 ruas jari) .
2.apabila nasi telah menjadi bubur, masukkan lada hitam,serai,udang, halia dan santan.biar mendidih.
3. hias dgn daun bawang.
4. dah boleh makan.

ni dahulu resipi dati mertua Cekti.. Sambungan resipi masakan II nanti ye,, hehhe selamat berpuasa...(Gambar takde sebab nanti takut terkecur air liur.. heheh)


0 Comments

Post a Comment

Copyright © 2009 Zurr Izaty Zolkepli All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.

Letakkan notis atau link anda disini

(X)